Latihan Antonim (Kata Lawan)

Photo of author

By Fatin Sakinah

Latihan Antonim ini dimuatkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan. Melalui kurikulum ini, pembelajaran bahasa Melayu lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.

Antonim merupakan perkataan berlawanan erti.

Latihan Antonim

1. Encik Ahmad amat yakin dengan keputusan yang dibuat untuk membeli rumah banglo itu.
A tulus
B setuju
C sangsi
D berharap

2. Ibu menggunakan pisau yang tajam itu untuk memotong buah tembikai.
A tebal
B karat
C rosak
D tumpul

3. Dia berasa sangat gembira apabila namanya diumumkan sebagai pemenang inovasi tersebut.
A seronok
B marah
C sedih
D ceria

4. Kapal terbang itu akan mendarat dua jam lagi.
A tiba
B sampai
C berlepas
D bergerak

5. Syakila sampai ke sekolah awal pagi ini kerana rumahnya berdekatan dengan sekolah.
A berjauhan
B berhampiran
C bersebelahan
D bertentangan

6. Kakak memasukkan baju yang basah itu ke dalam baldi.
A kuat
B tebal
C kering
D lembap

7. Shawan Mendes memakai baju yang sangat tebal kerana cuaca di Eropah sangat sejuk.
A nipis
B lebat
C padat
D sendat

8. Helmi sentiasa memperoleh keputusan yang cemerlang kerana dia sangat rajin dan pandai.
A bijak
B bodoh
C cerdik
D pintar

9. Mei Lan gemar akan durian.
A suka
B duka
C Benci
D sayang

10. Ayah sedang membanting padi yang terletak di belakang rumah.
A kiri
B sisi
C tepi
D hadapan

11. Hafiy sentiasa memastikan rambutnya disikat rapi.
A kusut
B buruk
C hodoh
D kemas

12. Ibu menanam pokok bunga orkid di halaman rumah.
A menyemai
B mencabut
C membaja
D menjirus

13. Ekonomi Encik Syukri semakin merosot sejak tahun lepas.
A mengecil
B meningkat
C membesar
D meluas

14. Puan Shamsiah berasa resah apabila anak perempuannya masih belum pulang ke rumah sejak malam tadi.
A tenang
B gelisah
C bimbang
D dukacita

15 Pemuda itu meluahkan perasaan sedihnya kepada rakannya untuk melepaskan kesedihan.
A mengumumkan
B memberitahu
C memendam
D merendam

Rekod Penilaian Latihan Antonim

Murid-murid diminta menyalin semula soalan Latihan Antonim berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.

5 thoughts on “Latihan Antonim (Kata Lawan)”

  1. Terima kasih cikgu,sebab telah mengajar saya..Saya janji saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh.. Dan saya akan selalu berusaha tangga kejayaan?terima kasih cikgu?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.