Latihan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Tahun 4

Photo of author

By Fatin Sakinah

Latihan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk ini dimuatkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan. Melalui kurikulum ini, pembelajaran bahasa Melayu lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.

Rujukan Guru: 5.3.1

Nota Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Terdapat perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggal mempunyai ciri yang sama dengan ayat dasar. Ayat dasar terbentuk daripada pola ayat seperti ( FN + FN ) , ( FN + FK ), ( FN + FA ), ( FN + FS ). Ayat majmuk pula adalah hasil gabungan dua atau lebih ayat tunggal.

Dalam pembelajaran ayat tunggal dan ayat majmuk, murid akan belajar mengenal perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk.

AYAT TUNGGALAYAT MAJMUK
Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.Mengandungi dua atau lebih ayat tunggal yang disambungkan dengan kata hubung
Dan, atau, sambil, tetapi, kecuali, manakala, apabila kerana dan lain-lain
Mempunyai ciri yang sama dengan ayat dasar.
POLA AYAT:
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS

CONTOH AYAT:
Aqilah membaca buku cerita itu.
Contoh ayat:
Aqilah membaca buku cerita itu sambil baring di atas katil.

Latihan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Tahun 4

Gabungkan ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk.

a. Syakila ke kelas tuisyen.
b. Adiknya membantu ayah di kebun.
a. Encik Dzikrul membeli sebuah rumah.
b. Rumah itu terletak di tepi tasik.
a. Carol bermain tenis pada waktu petang.
b. Albert bermain tenis pada waktu petang.

Cerakinkan ayat majmuk di bawah menjadi ayat tunggal.

  1. Pak Mail memagar kebunnya supaya tanamannya tidak diragut oleh lembu.
    • i.
    • ii.
  2. Sayur-sayuran __________ ditanam oleh Pakcik Salleh hidup dengan suburnya.
    • i.
    • ii.

Semak Latihan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Tahun 4

PILIH AYAT TUNGGAL YANG BETUL BERDASARKAN AYAT MAJMUK YANG DIBERIKAN

0%

Syakila ke kelas tuisyen manakala adiknya membantu ayah di kebun.

Please select 2 correct answers

Correct! Wrong!

Encik Dzikrul membeli sebuah rumah yang terletak di tepi tasik.

Please select 2 correct answers

Correct! Wrong!

Carol dan Albert bermain tenis pada waktu petang.

Please select 2 correct answers

Correct! Wrong!

Pak Mail memagar kebunnya supaya tanamannya tidak diragut oleh lembu.

Please select 2 correct answers

Correct! Wrong!

Shankar berjalan kaki di tepi pantai sambil menghirup udara segar.

Please select 2 correct answers

Correct! Wrong!

Pilih Ayat Tunggal yang Betul Berdasarkan Ayat Majmuk yang Diberikan
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Rekod Penilaian Latihan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Tahun 4

Murid-murid diminta menyalin semula soalan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Tahun 4 berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.

3 thoughts on “Latihan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Tahun 4”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.