- Encik Zam sebagai penghulu Kampung Indah berusaha untuk menangani masalah itu dengan berhati-hati supaya beliau dapat memuaskan hati semua pihak.
- A. seperti gergaji mata dua
- B. seperti aur ditarik songsang
- C. bagai melepaskan anjing tersepit.
- D. bagai menarik rambut di dalam tepung
- Hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.
- A. Seperti Belanda meminta tanah
- B. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar
- C. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh
- D. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
- Persahabatan antara Aikal dan Amsyar bagai …………………. kerana mereka saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.
- A. isi dengan kuku
- B. aur dengan tebing
- C. langit dengan bumi
- D. enau dalam belukar
- Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar berikut.
- A. seperti mencurah air ke daun keladi
- B. seperti ikan pulang ke lubuk
- C. seperti anjing dengan kucing
- D. seperti anjing dengan bayang-bayang
- Puan Nasuha telah kembali ke tanah air setelah sepuluh tahun berada di luar negara dan beliau tidak berhajat untuk merantau lagi.
- A. seperti tikus jatuh ke beras
- B. seperti hujan jatuh ke pasir
- C. seperti cacing kepanasan.
- D. seperti ikan pulang ke lubuk.
- Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah ialah
- A. bagai bulan jatuh ke riba
- B. bagai pungguk rindukan bulan
- C. bagai bulan dipagar bintang
- D. bagai bulan dengan matahari
- “Sudahlah, jangan bersedih lagi. Bak kata pepatah …………………………………….. kalau kita tidak mahu berusaha, masakan kita boleh berjaya. Pergilah memohon maaf daripada ayah”,kata kakak.
- A. besar kuali, besarlah keraknya.
- B. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
- C. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
- D. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
- Para pekerja syarikat itu …………………………………. apabila syarikat mereka bekerja mengalami kerugian selama beberapa tahun kebelakangan ini.
- A. bagai abu di atas tunggul
- B. bagai tikus jatuh ke beras
- C. bagai bunyi perian pecah
- D. bagai kacang melupakan kulit
- Kisah cinta pelajar sekolah kini hanyalah ………………………………………………………………. .
- A. matinya semut kerana gula
- B. bagaikan tikus jatuh di kepuk
- C. bagai mencurah air ke daun keladi
- D. bagaikan embun di hujung rumput
- Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.
- A. Hangat-hangat tahi ayam
- B. Sepuluh kali ukur, sekali kerat
- C. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
- D. Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket
- Sikap Aizat tidak ubah …………………………. apabila disuruh barulah dia menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.
- A. seperti telinga kuali
- B. seperti api dalam sekam
- C. seperti anjing berebut tulang
- D. seperti pahat dengan penukul
- Mangsa kebakaran di kampung itu yang tinggal ……………………. ditempatkan di Dewan Seri Intan.
- A. sebatang kara
- B. sekangkang kera
- C. keliling pinggang
- D. sehelai sepinggang
- Pekerja-pekerja itu ……………………………….. untuk menyiapkan kerja pengubahsuaian dalam masa yang ditetapkan.
- A. berpaling tadah
- B. bermandi peluh
- C. bertikan lidah
- D. berpeluk tubuh
- Adi yang bebal itu akhirnya lulus juga dalam peperiksaan setelah diajar dengan gigih oleh Cikgu Ana.
- A. sekali air bah sekali pasir berubah
- B. seperti pahat dengan penukul
- C. belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
- D. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke panggal lengan.
- Perbuatan Muhamad yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah.
- A. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya
- B. Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya
- C. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
- D. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
- Ahmad ………………………………………. kerana baru sahaja mendapat hadiah telefon bimbit daripada bapanya, dalam masa dua hari sahaja, dia telah merosakkannya.
- A. bagaikan telur dihujung tanduk
- B. bagaikan tikus jatuh di kepuk
- C. bagaikan embun di hujung rumput
- D. bagaikan kera mendapat bunga
- Walaupun Atif seorang yang pandai, dia tidak sombong dengan rakan-rakannya seperti …………………………………………………………. .
- A. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
- B. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
- C. Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket.
- D. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
- Apabila Atan mendengar berita bahawa dia akan mendapat kerja baharu , dia terus berhenti daripada kerja lamanya seperti …………………………………………………………………….. .
- A. bagai mendapat durian runtuh
- B. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
- C. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
- D. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
- Semangat perpaduan akan menyebabkan sesuatu masyarakat kukuh dan apabila berpecah-belah pula, masyarakat itu akan hancur.
- A. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
- B. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- C. Sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit
- D. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
- Pergaduhan adik-adik Khairul tidak berpanjangan kerana ……………………………………………. .
- A. bagaikan anjing dengan kucing
- B. air dicincang tidak akan putus
- C. bagaikan telur dihujung tanduk
- D. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
