Latihan Kata Kerja Tahun 6

Photo of author

By Theeban Anbalagan

Latihan Kata Kerja Tahun 6 ini dimuatkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Melalui kurikulum ini, pembelajaran bahasa Melayu lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.

Rujukan Guru: 5.1.4 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

Maksud dan Contoh Kata Kerja

Dalam pembelajaran kata kata kerja, murid akan belajar mengenal dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.

Kata kerja ialah kata yang merujuk kepada perlakuan atau perbuatan. Berikut merupakan contoh kata kerja:

larihirisrebus
tulismakanpetik

Soalan Latihan Kata Kerja Tahun 6

Jawab kesemua soalan di bawah dengan memilih kata kerja yang paling tepat. Garisi jawapan yang betul bagi setiap ayat yang berikut:

  1. Mak Cik Kiah (mencelur/melayur) sayur sawi ke dalam air panas agar dapat membasmi kuman.
  2. Selepas (menukik/menyadap) pokok getah, Pak Abu akan turun ke sawahnya pada setiap hari.
  3. Sayembara puisi itu diadakan bagi (mengumpil/mencungkil) bakat terpendam dalam diri para murid.
  4. Pak Ayob menggunakan beberapa batang kayu untuk (memangkah/menopang) binaan bumbung rumahnya.
  5. Hartawan itu (mengalirkan/menyalurkan) sumbangan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik itu.
  6. Nek Rasimah (menampi/mengayak) tepung gandum yang dibeli di pasar mini itu.
  7. Puan Aida (menukangi/menekuni) buku tatabahasa dan semantik yang baru dibeli dalam ekspo itu.
  8. Rania (merebus/menanak) nasi untuk makan malam nanti.
  9. Aiman menyanyikan sebuah lagu sambil (memetik/memainkan) gitar.
  10. Kapal terbang dari Sarawak itu telah selamat (melabuh/mendarat) di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Semak Latihan Kata Kerja Tahun 6

Hartawan itu ______________ sumbangan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik itu.

Correct! Wrong!

Mak Cik Kiah ______________ sayur kangkung ke dalam air panas agar dapat membasmi kuman.

Correct! Wrong!

Selepas ______________ pokok getah, Pak Abu akan turun ke sawahnya pada setiap hari.

Correct! Wrong!

Sayembara puisi itu diadakan bagi ______________ bakat terpendam dalam diri para murid.

Correct! Wrong!

Pak Ayob menggunakan beberapa batang kayu untuk ______________ binaan bumbung rumahnya.

Correct! Wrong!

Nek Rasimah ______________ tepung gandum yang dibeli di pasar mini itu.

Correct! Wrong!

Puan Aida ______________ buku tatabahasa dan semantik yang baru dibeli dalam ekspo itu.

Correct! Wrong!

Rania ______________ nasi untuk makan malam nanti.

Correct! Wrong!

Aiman menyanyikan sebuah lagu sambil ______________ gitar.

Correct! Wrong!

Kapal terbang dari Sarawak itu telah selamat ______________ di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Correct! Wrong!

Latihan Bahasa Melayu Kata Kerja
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Rekod Penilaian Latihan Kata Kerja Tahun 6

Murid-murid diminta menyalin semula soalan Latihan Kata Kerja Tahun 6 berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.

18 thoughts on “Latihan Kata Kerja Tahun 6”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.