Budaya Kerja Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Photo of author

By GengSekolah.Com

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berakhir pada 9 Jun 2020 dan akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020.

Sistem Penggiliran dan Bekerja Dari Rumah

Sepanjang tempoh PKPP ini, semua perkhidmatan Kerajaan beroperasi sepenuhnya. Memandangkan sekolah masih belum dibuka sepenuhnya, sistem penggiliran dan bekerja dari rumah (WFH) masih diteruskan mengikut keperluan dengan mengambil kira kebajikan penjawat awam sebagaimana Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6(6) bertarikh 2 Mei 2020.

Ketua Jabatan hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan tegas dalam perkara ini.

Bagi menyokong ekonomi negara agar kembali berada di landasannya, saya menggesa agar semua projek-projek pembangunan diteruskan dengan kadar segera. Bagi projek yang benar-benar memerlukan lawatan tapak, aktiviti ini adalah dibenarkan dengan mengamalkan kebiasaan baharu dan meminimakan bilangan peserta.

Dibenarkan Menganjur Mesyuarat dan Bengkel

Mesyuarat dan bengkel juga dibenar untuk dianjurkan dengan mematuhi prosedur keselamatan dan protokol kesihatan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang akan dikeluarkan oleh MKN termasuk semua arahan oleh pihak berkuasa hendaklah dipatuhi.

Ketua-ketua Jabatan perlu memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan sosial, memakai penutup muka dan menyediakan hand sanitizer. – DATUK SERI MOHD ZUKI BIN ALI Ketua Setiausaha Negara

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.