Nak tulis ni pun tak tahu nak susun macam mana. Sangat teruja dengan hasil dekorasi cikgu-cikgu ini. Subhanallah, hebat sangat Allah beri kekuatan dan kesanggupan kepada Cikgu Rafiz bin Mohd Salleh dan Cikgu Noraini binti Abdul Aziz. Cantik sangat Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Intan Kluang ni!

Soul Remedy Garden
Kreatif sangat bila cikgunya buat rebranding bilik tersebut, tak adalah tanggapan yang kurang enak bila murid nak berkunjung. Biasanya kalau ke bilik kaunseling ni, orang nampak macam semua bermasalah kan? Dengan tagline padu Soul Remedy Garden pastinya dapat Memenangi Jiwa Murid.

Ruang Soul Remedy Garden
Bukan setakat namanya diberikan timangan lain. Setiap ruang yang ada dalam bilik tersebut juga mengalami penjenamaan semula, iaitu:
- Prime Bay – kaunter pendaftaran
- Amber Gulf – Bilik Sesi Individu
- Bloom Gulf – Bilik Sesi Kelompok
- Monarch Chamber – Bilik Pengurusan
- Table of Thousand Treat – Pantri
- Golden Pleateu – Pentas Bakat

Maksimumkan Penggunaan Dinding
Dinding tak terbiar kosong, jika tiada dekorasi, pastinya ada papan kenyataan. Ini merupakan sumber informasi tentang bimbingan dan kaunseling, organisasi, album dan lain-lain bahan berkaitan.
- Majestic Ring – Gambar2 pelawat
- Dazzling Star – Sijil2 penghargaan/pencapaian
- Magnific Council – Info PRS dan SLB
- Destiny Path – Info Carta Organisasi dan Liputan Media
- Magnific Deed – Dokumentasi UBK
Pencapaian dan Anugerah
Pelbagai pencapaian dan anugerah yang telah diperoleh sejak tahun 2016. Bukan sahaja telah mendapat Anugerah Timbalan Pengarah Sektor Sahsiah Murid Kategori Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah semasa Hari Inovasi Peringkat Negeri Johor sahaja.
Namun pencapaiannya juga merentas peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Berikut merupakan senarai pencapaian:
- Johan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Daerah Kluang (2016)
- Naib Johan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Johor (2016)
- Johan Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Negeri Johor (2018)
- Naib Johan Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan (2018)
- Gangsa Video Tular Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan (2018)
- Gangsa Pameran Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan (2018)
- Penarafan Cemerlang Kebangsaan. Kategori : Perkhidmatan Kaunseling Cemerlang (Sekolah Menengah) 2019
- Pembentangan Amalan Terbaik Sempena STIF Peringkat Antarabangsa (2018)
- Pameran Amalan Terbaik STIF Peringkat Antarabangsa (2018)

Kesimpulan nak cakap, inilah Bilik Bimbingan dan Kaunseling yang paling WOW pernah kami lihat. Tahniah cikgu-cikgu bimbingan dan kami percaya Cikgu Abdul Razak Ibrahim selaku pengetua menyokong penuh usaha ini. Moga diberikan kesihatan dan kesejahteraan hidup buat semuanya.
Nantikan penulisan saya berkaitan Perkhidmatan bimbingan dan Kaunseling utk rujukan dan tatapan pembaca… Terima kasih kpd blogger Geng Sekolah kerana sudi menjemput dan berkolaboratif bersama saya utk berkongsi cerita dan idea….
– Cikgu Rafiz Mohd Salleh
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Seri Intan, Kluang, Johor
Nantikan penulisan saya berkaitan Perkhidmatan bimbingan dan Kaunseling utk rujukan dan tatapan pembaca… Terima kasih kpd blogger Geng Sekolah kerana sudi menjemput dan berkolaboratif bersama saya utk berkongsi cerita dan idea….
Cikgu Rafiz Mohd Salleh
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Seri Intan, Kluang, Johor
Alhamdulillah, terima kasih juga atas kesudian untuk bersama kami. Semoga kita dapat menyebarkan lebih banyak bahan dan kisah inspirasi yang membawa kebaikan buat semua guru. 😀
Peruntukkan cikgu sendiri ke? Cantik… ruang perlu besar jugak kan
Saya bermula menghias pd tahun 2016 sempena pertandingan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Johor . Kami bermula dari zero. Sering dapat sokongan dari ibu bapa. Penghawa dingin dan meja makan disumbang oleh ibu bapa pelajar sendiri.
Saiz bilik Kaunseling sebesar 1 kelas. Sebelum ini, bilik kami di tingkat 4. Pelajar x mahu dtg sebab jauh dan tinggi
Tahniah cikgu