ITBM merujuk kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Saban tahun, ITBM akan menganjurkan kursus-kursus dengan kadar yuran yang berpatutan.
Senarai Kursus Ditawarkan di ITBM
Kursus yang ditawarkan oleh ITBM adalah seperti berikut:
1. Penterjemahan
2. Penyuntingan
3. Bahasa
4. Kejurubahasaan
5. Pembacaan Pruf
6. Penulisan
Manfaat Kursus di ITBM
Semua peserta kursus akan diberikan sijil penyertaan dan keputusan ujian penilaian. Sijil tersebut boleh dijadikan sokongan bagi mendapatkan tugasan sambilan (part-time) daripada mana-mana pihak/syarikat/jabatan kerajaan dan banyak lagi peluang.

Tarikh Tutup Pendaftaran
Kursus-kursus ini diadakan sepanjang tahun 2020 berlangsung di Wisma ITBM. Tarikh akhir pendaftaran setiap kursus adalah 7 hari sebelum setiap kursus berlangsung. Takwim Kursus ITBM 2020 boleh dilayari melalui http://www.itbm.com.my/kursus.
Anjurkan Kursus di Tempat Anda
Pihak ITBM turut terbuka untuk mengadakan kursus di mana-mana lokasi. Sekiranya ada organisasi/institusi yang berminat membiayai kursus berkaitan boleh menghubungi Pegawai Latihan ITBM di talian 03-41451976. Pihakk ITBM sedia turun ke lokasi berhampiran peserta untuk mengendalikan kursus berkenaan.