Karangan Jenis Fakta : Jiran

Photo of author

By GengSekolah.Com

Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Jiran kita termasuklah mereka yang tinggal di sebelah, depan dan belakang rumah kita. Saya tinggal di rumah teres dan mempunyai ramai jiran yang baik.

Jiran jiran saya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa sekiranya berada di luar rumah. Jiran saya juga datang menziarahi rumah ketika ayah saya sakit dan ketika ibu melahirkan adik-adik saya.

Jiran saya juga suka menghantar makanan ke rumah saya. Apabila mereka memasak sesuatu yang istimewa seperti nasi beriani dan kuih tradisional. Ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran.

Jiran saya akan memaklumkan kepada keluarga saya apabila mereka tiada di rumah. Kami sekeluarga akan menjenguk ke rumah mereka untuk memastikan rumah mereka selamat. Ini akan mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih selamat.

Sekiranya berlaku kecemasan, kita boleh memohon bantuan dari jiran. Suatu ketika adik saya sakit dan ayah saya tiada di rumah. Ibu terpaksa membawa adik ke hospital manakala saya tinggal sementara di rumah jiran.

Jiran-jiran saya turut membantu sekiranya terdapat majlis atau jamuan. Mereka bergotong-royong menjayakan acara tersebut dengan gembira. Jiran-jiran turut bergotong-royong membersihkan persekitaran surau dan kawasan perumahan.

Saya mempunyai jiran yang sebaya dan belajar di sekolah yang sama dengan saya. Kami sering belajar dan mengulang kaji pelajaran beramai-ramai. Kami juga sering bertukar pendapat untuk meningkatkan penegetahuan.

Hidup kejiranan membawa banyak manfaat kepada kita. Kita mestilah berbuat baik sesama jiran. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang baik.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.