Jom Kita jelajahi Bidang Teknik dan Vokasional

Photo of author

By Rafiz Mohd Salleh

Kelebihan Bidang Vokasional

Bidang Vokasional sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Selepas tamat PT3, pasti ramai yang mencari haluan untuk meneruskan pembelajaran bergantung keputusan masing-masing.

Tidak dinafikan, aliran sains menjanjikan masa depan dan peluang yang cerah. Namun, jangan mudah berasa merendah diri jika anda tidak mendapat tempat dalam aliran sains. Masih banyak peluang terbuka buat anda dalam bidang-bidang lain terutama bidang kemahiran.

Program ‘In Reach’ Pelajar Tingkatan 3 SMK Seri Intan ke Kolej Vokasional Kluang, Johor

Syarat Khusus Minima Kolej Vokasional

Terdapat beberapa syarat khusus minima yang ditetapkan dalam pengambilan murid dalam bidang teknik dan vokasional. Semua calon yang memohon akan dipanggil untuk ditemuduga melalui notifikasi SMS.

  • PT3 Bahasa Melayu — minima D
  • PT3 Rekabentuk & Teknologi @Asas Sains Komputer — minima D
  • PBD Pentaksiran Bilik Darjah: BM / BI / SAINS / MATH/ Rekabentuk & Teknologi @ Asas Sains Komputer — Tahap Penguasaan 3
  • BERGANTUNG PADA KURSUS YANG DIPOHON (mengikut penetapan kolej berkaitan)

Keputusan Lengkap PBS Tingkatan 3

Antara panduan lain yang perlu diambil perhatian ialah keputusan Pentaksiran Bilik Darjah. Pelajar perlu memiliki keputusan PBS Tingkatan 3 yang lengkap, iaitu:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) — Keputusan yang keluar pada 19/12/2019

Permohonan ke Kolej Vokasional dan SM Teknik

  1. Sila bawa surat tawaran dan borang yang telah lengkap diisi pada hari pendaftaran (sekiranya berjaya ditawarkan pengajian)
  2. Sila bawa dokumen asal dan salinan untuk semakan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM) semasa sesi temu bual / pendaftaran / rayuan / walk-in:
  • Kad Pengenalan*
  • Keputusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2019* yang merangkumi Salinan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK), Salinan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (3)
  • Sijil Berhenti Sekolah*
  • Borang PT, TED4, SAK dan Borang Perakuan Penjaga yang telah lengkap diisi

Kelebihan Bidang Teknik dan Vokasional

Banyak kelebihan jika kita menceburi bidang Teknik dan Vokasional. Ini adalah pendapat dan perbincangan penulis bersama kaunselor Kolej Vokasional;

Peluang Pekerjaan

Tidak dinafikan, sektor kerajaan mahupun swasta membuka peluang pekerjaan yang tinggi dalam bidang kemahiran. Tenaga kerja yang berkemahiran mempunyai satu kelebihan yang dipandang oleh pihak majikan. Tidak hairan jika, majikan lebih mengutamakan calon yang mempunyai kemahiran diambil bekerja berbanding yang memiliki akademik semata–mata. Ini kerana pihak majikan memerlukan tenaga kerja yang mampu mampu memenuhi keperluan kerja.

Peluang Belajar Ke Peringkat Yang lebih Tinggi

Seperti aliran lain juga, bidang kemahiran juga mampu melahirkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi dalam pendidikan. Hal ini dapat anda perhatikan pada pelajar berada pada peringkat sekolah teknik yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti mahupun politeknik.

Universiti seperti UTeM, UTHM dan lain- lain lagi menyediakan kursus dalam bidang teknik dan Vokasional bersesuaian dengan kemahiran yang anda miliki.

Sokongan Dan Bantuan Kerajaan

Usaha pihak kerajaan membantu pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran dapat dilihat dengan banyak institusi-institusi kemahiran dibangunkan. Penambahbaikan dalam kursus kemahiran turut dilakukan.

Pihak kerajaan juga turut membuat penambahan kursus-kursus kemahiran yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Pihak kerajaan juga turut menyalurkan elaun sara diri sepanjang latihan praktikal yang berkaitan dengan industri.

Gaji dan Pendapatan Lumayan

Dapat anda lihat, bidang kemahiran dalam pelbagai sektor pekerjaan menjanjikan gaji yang lumayan. Terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perkapalan juga maritim. Jika anda mampu menggunakan peluang yang ada pada diri dengan menceburi bidang-bidang kemahiran yang mendatangkan gaji lumayan, semestinya amat menguntungkan anda.

Peluang tidak menunggu kita jika kita tidak mengambilnya dengan sebaik mungkin. Rebut peluang yang ada dan gunakan sebaiknya. Insyaallah rezeki yang baik pasti akan menyebelahi kita. Aamin.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.