Keputusan PT3 Diumumkan Esok 19 Disember 2019

Photo of author

By Rafiz Mohd Salleh

Ibu bapa terasa debaran menunggu keputusan PT3 yang bakal diumumkan hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Begitu juga dengan guru-guru. Mereka juga terasa bahangnya melihat hasil didikan mereka berbuahkan hasil sepanjang mereka mengajar anak didiknya.

Pesanan Buat Calon-Calon PT3

Kepada murid-murid, terima dengan hati yang terbuka. Inilah hasil usaha kamu sepanjang 3 tahun perjuangan (Tingkatan 1 hingga 3). Jika rezeki kamu bertuah pada hari pengumuman tersebut, jangan lupa sujud syukur dan berterima kasih kepada mereka yang berjasa pada kamu sepanjang perjuangan kamu.

Tetapi jika sebaliknya, jangan sedih dan sugul, teruskan usaha kamu pada peperiksaan yang akan datang. Ingat… PT3 bukan penentu masa depan kamu. Tetapi bangkitlah dari kegagalan. Setiap kegagalan perlu kamu atasi untuk tidak mengulangi kegagalan pada masa akan datang.

Ibu Bapa Bantu Susun Masa Depan

Kepada ibu bapa, ayuh jangan pandang belakang. Tumpuan seterusnya adalah sesi pembelajaran anak untuk Tingkatan 4 dan 5. Masa inilah, ibu bapa perlu mengorak langkah untuk merancang strategi terhadap anak sebelum menempuh SPM yang bakal tiba 2 tahun akan datang. Ambil iktibar dari peperiksaan PT3.

Apa yang perlu ditingkatkan perlu dipandang serius. Ingat! Semakin tinggi belajar, semakin susah dan getir cabarannya. Semoga ibu bapa lebih matang dalam pengurusan anak ‘Menengah Atas’.

Pilihan Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4

Di sini saya lampirkan pakej mata pelajaran Tingkatan 4 tahun 2020 mengikut keperluan Sekolah masing-masing. Pakej mata pelajaran ini berdasarkan pencapaian keputusan PT3. Semoga menjadi panduan dan manfaat kepada ibu bapa di luar sana.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.