Ketahui Maksud CikgooTUBE

Photo of author

By Cikgu Unicorn

SEIRING kepesatan teknologi masa kini dan kepentingan kaedah pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan melancarkan SATU pasukan guru yang menjadikan YouTube sebagai medium penyampaian dan berkongsi hal ehwal pembelajaran dengan lebih berkesan dan kreatif.

Rasional CikgooTUBE

Data terbaru memperlihatkan sebanyak 5 bilion video ditonton di YouTube setiap hari di dunia. Peratusan demografiknya pula adalah 62% pengunjung lelaki dan 38% wanita. Sebanyak 3.25 BILION JAM video ditonton di You Tube SETIAP HARI. Sektor pendidikan perlu fleksibel dalam menelusuri perkembangan teknologi kini.

Apa Maksud CikgooTUBE?

Pasukan Guru ini diberi gelaran CikgooTUBE kerana guru-guru ini menghasilkan video-video yang santai dan memudahkan murid untuk menerima input-input mata pelajaran. Ketika ini, pasukan cikgootube sudah mencecah 600 orang guru. Video-video ‘cikgootube’ boleh di tonton di http://eduwebtv.moe.edu.my/v1/

Pelancaran Pasukan CikgooTUBE

Pelancaran Pasukan CikgooTUBE telah berlangsung pada 12 Disember 2019 di Auditorium BSTP Bukit Kiara. Ybhg Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkata, semasa Pelancaran Pasukan CikgooTUBE memberikan reaksi positif.

Menurutnya, “Ini adalah sejarah baharu buat pendidikan negara dan KPM. Satu permulaan baik bagi tahun 2020. Pemangkin masa depan, dimana 10 tahún ke hadapan, anak-anak kita boleh lihat kembali bahawa pendekatan ini mampu memberi input bagi pembelajaran sepenuhnya,”

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru di seluruh Malaysia, tidak kiralah dari Pra Sekolah hingga ke Menengah kerana terus berusaha mempelbagaikan cara inovasi bantu pembelajaran murid,” katanya

KPM terus mengolah pendekatan dalam meningkatkan kreativiti melalui penghasilan kandungan-kandungan dan melalui CikgooTUBE ini adalah landasan terbaik kepada guru-guru untuk berkarya.

Tahniah Cikgoo!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.