Lantikan Senator Mewakili Suara Guru di Dewan Negara

Photo of author

By GengSekolah.Com

Pada 20 Mei yang lalu, dua Ahli Dewan Negara baharu telah dilantik. Mereka yang dilantik ialah personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi dan bekas guru, Datuk Seri Mohd Ali Mohamad.

Ahli Dewan Negara BaharuLantikan
Ras Adiba RadziYang Dipertuan Agong
Datuk Seri Mohd Ali MohamadDewan Undangan Negeri Melaka

Bawa Suara Guru ke Dewan Negara

Datuk Seri Mohd Ali, 56 tahun merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka. Beliau berhasrat mahu membawa suara guru-guru ke Dewan Negara terutamanya dalam aspek kebajikan dan pendidikan.

Berbekalkan pengalaman 10 tahun sebagai guru dan ahli perniagaan, Datuk Seri Mohd Ali berhasrat untuk mengetengahkan pendidikan masyarakat luar bandar, membawa suara guru-guru ke Dewan Negara dan membantu masyarakat; khususnya dalam bidang perniagaan.

Proses angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara telah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA.Vigneswaran di parlimen pada 20 Mac lalu.

Profil Datuk Seri Mohd Ali

  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka
  • Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu
  • Lulusan Institut Bahasa Kuala Lumpur
  • 10 Tahun Pengalaman Sebagai Guru
  • Penasihat UMMAH Melaka
  • Ahli Perniagaan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.