2.7 C
New York
Wednesday, January 26, 2022

Buy now

Latihan Bahasa Melayu (Ayat Seruan)

  1. ______, Cikgu Zaki pun ada di sini!
    • A. Eh
    • B. Hai
    • C. Wahai
    • D. Amboi
  2. ______, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan Bahasa Melayu.
    • A. Baik
    • B. Syabas
    • C. Amboi
    • D. Wah
  3. ______, malangnya nasib pemuda yang ditimpa kemalangan di jalan raya itu.
    • A. Aduh
    • B. Aduhai
    • C. Amboi
    • D. Sedihnya
  4. ______, kawan-kawan mari kita ke kantin bersama-sama!
    • A. Hai
    • B. Mari
    • C. Jom
    • D. Ah
  5. ______, teriknya cahaya matahari sejak kebelakangan ini!
    • A. Oh
    • B. Cis
    • C. Nah
    • D. Syabas
  6. ______, sakitnya gigiku!
    • A. Aduh
    • B. Aduhai
    • C. Cis
    • D. Ah
  7. ______, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!
    • A. Aduhai
    • B. Aduh
    • C. Cis
    • D. Ah
  8. ______, murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat Cikgu Aida.
    • A. Wahai
    • B. Wah
    • C. Hai
    • D. Eh
  9. ______, terimalah tumbukanku yang hebat ini!
    • A. Nah
    • B. Oh
    • C. Cis
    • D. Hai
  10. ______, rakyat jelata, duduklah di dalam rumah untuk menghalang wabak ini berlarutan!
    • A. Oh
    • B. Hai
    • C. Wahai
    • D. Aduhai
  11. ______, bila agaknya keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini!
    • A. Eh
    • B. Wah
    • C. Wahi
    • D. Aduhai
  12. ______, aku tidak setuju untuk menjual tanah pusaka itu!
    • A. Ah
    • B. Hai
    • C. Nah
    • D. Cis
  13. ______, terimahlah wang bayaran yang kamu minta tempoh hari!
    • A. Cis
    • B. Nah
    • C. Ah
    • D. Eh
  14. ______, dasar tidak malu hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!
    • A. Cis
    • B. Nah
    • C. Eh
    • D. Ah
  15. ______, bingitnya telingaku mendengar muzik dari pembesar suara itu !
    • A. Oh
    • B. Eh
    • C. Aduh
    • D. Aduhai
  16. ______, engkau pun sama suka memerah keringat orang dengan membayar upah yang kecil!
    • A. Ah
    • B. Nah
    • C. Amboi
    • D. Wahai
  17. ______, enaknya rasa kek ini!
    • A. Wah
    • B. Wahai
    • C. Amboi
    • D. Aduhai
  18. ______, kamu telah berjaya dalam pertandingan itu!
    • A. Hai
    • B. Eh
    • C. Wah
    • D. Syabas
  19. Pilih ayat yang betul
    • A. Cis! Menyampah aku melihat wajahnya.
    • B. Cis! menyampah aku melihat wajahnya.
    • C. Cis, menyampah aku melihat wajahnya.
    • D. Cis, menyampah aku melihat wajahnya!
  20. Pilih ayat yang betul
    • A. Nah, saya memang tidak percayakan awak!
    • B. Cis, lihatlah gambar ini!
    • C. Oh, bisa sungguh sengatan ikan keli ini!
    • D. Aduhai, kasihan saya melihat nasib anak-anak yatim itu!
Cikgu Sue Shamhttps://www.facebook.com/suzaini.sham
Cikgu Suzaini Shamsuldin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sue Sham merupakan seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara.

ARTIKEL BERKAITAN

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SERTAI GENGSEKOLAH.COM

1,913FansLike
15FollowersFollow
105SubscribersSubscribe

KUIZ TERKINI