Home Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Latihan Bahasa Melayu (Kata Penguat)

Latihan Bahasa Melayu (Kata Penguat)

17
1825
latihan bahasa melayu kata penguat


  1. Ibu saya ___________ sayang akan koleksi barangan antiknya yang telah disimpan sejak 20 tahun yang lalu.
    • A. sangat
    • B. nian
    • C. benar
    • D. sekali
  2. Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak ___________ kemas dan sentiasa menarik minat pengunjung yang datang ke kedai kraftangannya.
    • A. sungguh amat
    • B. paling benar
    • C. benar sekali
    • D. sungguh nian
  3. Jangan ___________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah lain tidak kurang hebatnya.
    • A. paling benar
    • B. benar sekali
    • C. sungguh nian
    • D. terlalu amat
  4. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam pertandingan Bahas itu ___________ meyakinkan.
    • A. sekali
    • B. benar
    • C. betul
    • D. amat
  5. Kubah masjid yang terletak di bandar itu ___________ unik buatannya.
    • A. sekali
    • B. nian
    • C. benar
    • D. teramat
  6. Kerap ___________ dia ke perpustakaan kebelakangan ini kerana ingin mengulang kaji pelajaran.
    • A. paling
    • B. sungguh
    • C. terlau
    • D. agak
  7. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa Covid-19 walaupun mereka ___________ letih.
    • A. amat
    • B. sekali
    • C. betul
    • D. nian
  8. Jurulatih itu _ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.
    • A. sungguh amat
    • B. paling benar
    • C. benar sekali
    • D. sungguh nian
  9. Pilih ayat yang betul.
    • A. Nian bodoh kamu jika cepat mempercayai kata-kata jurujual itu.
    • B. Sungguh kurang sopan perangai kamu.
    • C. Benar kurus kamu sekarang.
    • D. Betul lembut kek yang dibuat oleh Mazni itu.
  10. Yang manakah betul?
    • A. Gulai lemak kepala ikan yang emak masak betul enak.
    • B. Soalan-soalan ujian Bahasa Melayu kali ini susah paling.
    • C. Datuk dan nenek paling gembira apabila cucunya pulang ke kampung.
    • D. Pokok rambutan datuk berbuah nian lebat.
  11. Pilih ayat yang betul.
    • A. Persembahan penyanyi itu terhebat sekali.
    • B. Makanan yang dimasak oleh ibu paling sedap sekali.
    • C. Kura-kura amat gembira sekali apabila berjaya mengalahkan arnab.
    • D. Dia berasa teramat gembira sekali setelah menjuarai pertandingan itu.
  12. Yang manakah betul?
    • A. Betul cantik nian tulisan kamu.
    • B. Ibu jatuh sakit kerana sangat sedih sekali setelah kematian ayah.
    • C. Saya berasa teramat senang sekali apabila awak dapat membantu saya.
    • D. Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke tahap yang paling tinggi sekali.
  13. Dialah yang paling pandai sekali dalam kelas 6 Mega.
    • A. betul
    • B. salah
  14. Abu adalah murid yang amat malas sungguh dalam kelas. Dia tidak pernah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sejak bulan Januari.
    • A. betul
    • B. salah
  15. Menara Berkembar Petronas merupakan menara berkembar yang tertinggi sekali di Asia Tenggara.
    • A. betul
    • B. salah
  16. Menara Kuala Lumpur mempunyai pusat kawalan udara yang paling tinggi di dunia.
    • A. betul
    • B. salah
  17. Menara Kuala Lumpur mempunyai pusat kawalan udara yang paling tinggi sekali di dunia.
    • A. betul
    • B. salah
  18. Menara Berkembar Petronas merupakan menara berkembar yang tertinggi di Asia Tenggara.
    • A. betul
    • B. salah
  19. Pilih ayat yang betul.
    • A. Ruang bilik ini sempit agak.
    • B. Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
    • C. Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
    • D. Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya yang lembut terlalu.
  20. Pilih ayat yang betul.
    • A. Cuaca pada hari ini agak panas sekali.
    • B. Samad paling minat sekali untuk belajar subjek Matematik.
    • C. Pemandangan di Pulau Kapas teramat indah sekali.
    • D. Sally kelihatan sungguh manis amat apabila berbaju kurung.

17 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!