Latihan Bahasa Melayu Tahap 2 (Kata Sendi Nama)

Photo of author

By Cikgu Sue Sham

Nota Kata Sendi Nama

1. ________ zaman kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan sibuk dengan pedagang yang datang dari seluruh dunia.

A. Di
B. Pada
C. Daripada
D. Dari

2. ________ masa kejadian tersebut saya sedang berjalan pulang dari sekolah.

A. Di
B. Pada
C. Daripada
D. Dari

3. Pihak polis mengadakan pemeriksaan _______ semasa ________ semasa sempena Perintah Kawalan Pergerakan.

A. dari………ke
B. dari…….di
C. pada………ke
D. pada ……..di

4. Setiap hari dia membaca buku ________ jam 8.00 malam hingga jam 10.00 malam.

A. di
B. pada
C. dari
D. daripada

5. Ayah saya berasal _____________ negeri Kedah.

A. di
B. dari
C. pada
D. daripada

6. Saya baru pulang ___________ Terengganu kerana melawat saudara yang sakit tenat.

A. dari
B. daripada
C. pada
D. kepada

7. Meja itu diperbuat ________ kayu jati terpilih.

A. dari
B. daripada
C. pada
D. kepada

8. Rumah itu lebih besar ________ rumah kita.

A. dari
B. daripada
C. kepada
D. pada

9. Kami banyak mendapat faedah ________ seminar itu.

A. dari
B. daripada
C. pada
D. kepada

10. Dia menyapu jem ________ roti lalu memakannya

A. di
B. pada
C. ke
D. kepada

11. Jangan biarkan diri anda terdedah ________ bahaya dadah.

A. ke
B. pada
C. kepada
D. di

12. Para peserta seminar dibahagikan ________ dua kumpulan.

A. pada
B. kepada
C. untuk
D. ke

13. Sebagai rakyat yang sayang ________ negara kita perlu mempertahankan negara daripada musuh negara.

A. akan
B. pada
C. kepada
D. ke

14. Para pelajar harus hormat ________ guru.

A. akan
B. pada
C. kepada
D. oleh

15. ________ siapakah hidangan di ata meja itu?

A. Bagi
B. Untuk
C. Pada
D. Kepada

16. Rakyat diseru bersatu ________ kestabilan negara.

A. demi
B. sejak
C. kepada
D. pada

17. ________ kejadian sedih itu dia sering termenung sendirian.

A. Pada
B. Sejak
C. Tentang
D. Daripada

18. Kita perlulah mempunyai perasaan kasihan ________ binatang.

A. pada
B. terhadap
C. kepada
D. untuk

19. Dia mencapai kejayaan cemerlang ……………… bidang pendidikan.

A. di
B. dalam
C. di dalam
D. pada

20. Perkara tersebut telah dibincangkan ________ mesyuarat yang lalu.

A. dalam
B. didalam
C. di dalam
D. pada

1 thought on “Latihan Bahasa Melayu Tahap 2 (Kata Sendi Nama)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.