Ruang pembelajaran tidak seharusnya dihadkan. Murid-murid tetap boleh terus belajar meskipun di rumah. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di umumkan, berbagai cara dan pendekatan yang diambil oleh guru untuk proses pembelajaran di rumah. Usaha ini pastinya tidak akan berjaya tanpa adanya kerjasama daripada ibu bapa dan juga murid-murid.
Latihan ini disusun semula supaya dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dirumah. Latihan Bahasa Melayu ini sesuai bagi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Murid Tahap 1 ini perlu lebih banyak latihan psikomotor jari, latihan menulis amat mereka perlukan. Selain menyalin ayat, mereka juga dicabar oleh tempat kosong yang perlu diisi dengan perkataan yang sesuai.
Lengkapkan ayat di bawah dengan menggunakan perkataan yang diberi.

| menyanyikan | dihidangkan | membawa | memotong | bertepuk |
- Aimi ____________ kek dengan perasaan yang sangat gembira.
- Sabrina dan Mei Ling ____________ hadiah untuk Aimi.
- Raju dan Ahmad menyanyikan lagu selamat ulang tahun sambil ____________ tangan.
- Ibu Aimi turut ____________ lagu sempena hari lahir Aimi.
- Pelbagai kek dan biskut turut ____________ di atas meja.
Latihan Bahasa Melayu (Mengisi Tempat Kosong)
Latihan mudah mengisi tempat kosong ini boleh diberikan kepada murid-murid di rumah. Jawapan dikongsikan sekiranya perlu. Pada waktu ini, ibu bapa perlu membantu menyemak hasil kerja anak. Murid-murid ini juga boleh dibimbing untuk membuat penilaian kendiri.
Guru boleh mengubah suai latihan bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid masing-masing. Sama ada boleh dijadikan latihan mengisi tempat kosong berpandu, mengisi temat kosong tanpa panduan, atau latihan membina ayat berdasarkan gambar. 🙂
Terokai Lebih Banyak Latihan Lain
Kami dalam proses mengumpulkan latihan-latihan yang boleh digunakan pada musim PKP. Sekiranya guru-guru berbesar hati ingin menyumbang, boleh emelkan bahan kepada [email protected] beserta maklumat ringkas cikgu untuk kami letakkan kredit. 😀
Latihan Quizizz Bahasa Melayu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3:
https://gengsekolah.com/himpunan-quizizz-bahasa-melayu-tahap-1/
Lebih banyak latihan boleh diakses melalui:
https://gengsekolah.com/tag/bahasa-melayu/
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia