Latihan Bahasa Melayu Tahun 5 (Kata Adjektif)

Photo of author

By Theeban Anbalagan

Latihan ini bersesuaian untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6. Rujukan guru adalah melalui SP 5.1.5, iaitu memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata bantu dengan konteks yang betul.

Jawab 10 soalan kata adjektif diberikan di bawah ini.

  • Puan Hasnah membuang pinggan seramik yang________itu kerana dapat mengakibatkan kecederaan.
    • A tajam
    • B tumpul
    • C sumbang
    • D rompes
  • Nasi yang ditanak kakak menjadi_______kerana kelebihan air.
    • A hangit
    • B tengik
    • C hangus
    • D benyek
  • Buah pisang yang masih dalam keadaan ___________tidak enak dibuat pisang rendang.
    • A ranum
    • B mengkal
    • C kelat
    • D kontot
  • Pokok Tunera Putih yang______pada waktu pagi mampu menenangkan emosi seseorang.
    • A tegar
    • B tegap
    • C kekar
    • D kuncup
  • Wajahnya kelihatan_________selepas dimarahi ibu kerana gagal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
    • A kuyu
    • B masyghul
    • C gusar
    • D terang
  • Badan Haznin kelihatan______kerana dia kurang bersenam sejak bekerja di syarikat itu.
    • A tambun
    • B bulat
    • C terang
    • D kurus
  • Berat badan Aini semakin_______setelah menjalani pembedahan itu.
    • A surut
    • B susut
    • C sumbing
    • D kurang
  • Kemarahan terhadap anak tunggalnya semakin_________setelah Pak Atan mengetahui perkara sebenar.
    • A suram
    • B surut
    • C suam
    • D susut
  • Sungai Klang menjadi______akibat hujan lebat beberapa hari yang lalu.
    • A pekat
    • B likat
    • C cetek
    • D dangkal
  • Ubi kayu itu masih_____walaupun telah direbus selama 30 minit.
    • A empuk
    • B liat
    • C mangkar
    • D lembut

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.