Home Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Latihan Bahasa Melayu Tahun 5 (Kata Hubung)

Latihan Bahasa Melayu Tahun 5 (Kata Hubung)

1
904

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang paling tepat.

  1. Ramesh mengulang kaji pelajaran____ menunggu ibunya pulang dari tempat kerja.
  2. Halimah melayari Internet________capaian Internet di rumahnya agak lemah.
  3. Puan Shahmeem menyatakan_____beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat itu.
  4. Cikgu Mat bersiaran langsung dalam laman Facebook________memberikan tip penulisan ulasan kepada para murid.
  5. Adriana tidak boleh mengikuti ekspedisi pendakian Gunung Lambak_______tidak mendapat keizinan daripada ayahnya.
  6. Kelas bimbingan itu akan diadakan______ mendapat kata putus daripada pihak ibu bapa.
  7. Pak Atan membajak sawah padi____ menggunakan dua ekor kerbau.
  8. Kakak membuka kasut____masuk ke dalam rumah.
  9. Puan Hasmah membaca novel itu_____ mendengar radio.
  10. Ibu menyapu sampah sarap ______abang membersihkan ruang tamu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!