Latihan Bahasa Melayu Tahun 5 (Kata Kerja)

Photo of author

By Theeban Anbalagan

  1. Cikgu Mat______________slaid nota yang berwarna-warni ketika bersiaran langsung dalam laman Facebook.
    • A menyiarkan
    • B menyuakan
    • C memaparkan
    • D menonjolkan
  2. Cik Kamsiah________para tamu yang hadir ke majlis pertunangan anak sulungnya dengan beberapa hidangan tradisi.
    • A menjamah
    • B menjamu
    • C mencekut
    • D mencecah
  3. Pak Jiji ______beberapa keping papan agar kelihatan licin sebelum membuat gerobok pakaian yang ditempah pelanggannya.
    • A menggergaji
    • B membanting
    • C menggeser
    • D mengetam
  4. Abang Lee________buku sampel karangan itudengan rakan-rakannya di bilik bacaan.
    • A mengamati
    • B menukangi
    • C menekuni
    • D menuruti
  5. Nakhoda kapal mengarahkan anak kapalnya supaya_______sauh kerana kapal itu akan memulakan perjalanan sebentar lagi.
    • A membongkar
    • B menyelongkar
    • C menyelinar
    • D melabuhkan
  6. Peragut itu______rantai emas di leher wanita tua dalam sekelip mata.
    • A mengelar
    • B memangkas
    • C meretas
    • D merenggut
  7. Ular sawa batik itu_______seorang penoreh getah yang pergi ke kebunnya pada awal pagi.
    • A mencium
    • B melapah
    • C menyiat
    • D melulur

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.