Latihan Bahasa Melayu Tahun 6 (Peribahasa)

7
978
  1. Syamsuddin berasa______apabila mendengar khabar angin tentang dirinya diceritakan oleh rakan karibnya kepada orang lain.
    • A iri hati
    • B jatuh hati
    • C jauh hati
    • D berat hati
  2. Aiman tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana dia____________.
    • A kaki ayam
    • B kaki botol
    • C kaki bangku
    • D kaki judi
  3. Encik Harun sentiasa mengambil berat tentang kebajikan _________ di bawah bimbingannya.
    • A anak dagang
    • B anak emas
    • C anak buah
    • D anak angkat
  4. Walaupun sudah beberapa kali ditegur, Hanidah masih _________untuk mematuhi nasihat ibunya itu.
    • A hati batu
    • B hati kaudu
    • C hati mati
    • D hati muda
  5. Suresh dianggap seorang yang_______kerana dia dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan mudahnya.
    • A kecut hati
    • B kata hati
    • C terang hati
    • D makan hati
  6. Pertolongan yang diberikan oleh Hanisah ketika Lee ditimpa masalah kewangan tidak dibalas oleh Lee apabila Hanisah memohon bantuan daripadanya beberapa bulan yang lalu. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah
    • A seperti anjing menyalak bukit
    • B seperti anjing mengonggong tulang
    • C seperti anjing dengan kucing
    • D seperti melepaskan anjing tersepit
  7. Fikri dipilih sebagai pengerusi persatuan bahasa Melayu kerana tiada calon yang bertanding untuk jawatan tersebut.
    Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah
    • A seperti tikus membaiki labu
    • B seperti tikus jatuh ke beras
    • C seperti labu ditebuk tikus
    • D marahkan tikus, lengkiang dibakar
  8. Semua murid didenda oleh Cikgu Guna meskipun hanya dua orang murid berbuat bising di dalam kelasnya.
    Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah seperti
    • A ikan kena tuba
    • B ikan pulang ke lumpur
    • C ikan seekor rosakkan ikan setajau
    • D ada air adalah ikan
  9. Walaupun dilahirkan dalam keluarga berada, Tengku Farisha terpaksa mengikuti resam dan budaya keluarganya pada setiap masa.Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
    • A burung terbang dipipiskan lada
    • B harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
    • C ibarat burung, mata lepas badan terkurung
    • D kuat burung kerana sayap
  10. Laluan ke rumah pengantin perempuan bersilang-siur dan berliku-liku seperti______.
    • A ular kena palu
    • B ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya
    • C sudah tampak kaki ular
    • D sekerat ular, sekerat belut

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.