Latihan Kata Penguat Tahun 4

3
407
kata penguat tahun 3

Kata penguat ialah kata yang mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung padanya.

Jenis-Jenis Kata Penguat

Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.

Kata Penguat Hadapan

Perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif atau frasa adjektif. Contohnya terlalu, paling dan agak.

Kata Penguat Belakang

Perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif atau frasa adjektif. Contohnya sekali. benar. betul dan nian.

Kata Penguat Bebas

Perkataan yang letaknya bebas sama ada sebelum atau sesudah kata adjektif atau frasa adjektif. Contohnya amat. sangat dan sungguh.

Kuiz Kata Penguat Tahun 4

Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.

Correct! Wrong!

Rohana _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradik.

Correct! Wrong!

Tempat ini __________ indah sehingga menenangkan fikiran.

Correct! Wrong!

Cendol pulut Pak Hassan __________ sehingga terkenal di pekan ini.

Correct! Wrong!

Kediamannya terletak _________ jauh dari pekan itu.

Correct! Wrong!

Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.

Correct! Wrong!

Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu.

Correct! Wrong!

Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk.

Correct! Wrong!

Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja.

Correct! Wrong!

Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di tepi pantai itu.

Correct! Wrong!

Latihan Kata penguat Tahun 3
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.