Latihan Pantun Tahun 3 ini dimuatkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan. Melalui kurikulum ini, pembelajaran bahasa Melayu lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.
Pengenalan Pantun
Aspek seni bahasa merangkumi ungkapan dan apresiasi keindahan melalui bahasa yang indah. Pantun ialah sejenis puisi lama yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu.
Pantun terpendek terdiri daripada dua baris (pantun dua kerat) yang mempunyai sebutan yang sama pada hujung ayat. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris.
Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris. Pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat baris (pantun empat kerat).
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud.
Latihan Pantun
Jawab kesemua soalan di bawah dengan memilih maksud pantun yang paling tepat.
Nyatakan maksud pantun berikut:
Nyatakan maksud pantun berikut:
Nyatakan maksud pantun berikut:
Nyatakan maksud pantun berikut:
Share your Results:
Aktiviti Cipta Penandan Buku dan Pantun
Jom sertai pertandingan ini! Murid hanya perlu mencipta serangkap pantun dan penanda buku mengikut kreativiti masing-masing!
- Setiap murid dikehendaki mereka cipta satu penanda buku yang tertera tema Bahasa Jiwa Bangsa.
- Murid juga perlu menulis serangkap pantun bertajuk “Faedah Membaca” pada penanda buku.
- Penggunaan bahan adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing.
- Saiz penanda buku tersebut adalah 13-15cm panjang dan 3-10 cm lebar.
- Murid perlu menghantar gambar semasa menjalankan aktiviti tersebut sebagai bukti penyertaan.
- Gambar pandangan hadapan dan belakang hasil reka cipta penanda buku tersebut perlu dihantar kepada guru Bahasa Melayu kelas masing-masing melalui aplikasi Whatsapp.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
Rekod Penilaian Latihan Pantun
Murid-murid diminta menyalin semula soalan Latihan Pantun berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.
wow best-nyeee jawab soalan ni
Saya minta izin untuk share ya. Saya hendak gunakan sebagai koleksi bahan latihan dalam perpustakaan maya.