- Penyokong-penyokong pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Sungai Ara melonjak ________ apabila Alia menjaringkan gol kemenangan.
- A. keceriaan
- B. kemeriahan
- C. kesenangan
- D. kegembiraan
- Puan Rosmina memimpin tangan anaknya sambil menggenggam ________ anaknya dengan kemas.
- A. kelengkeng
- B. telunjuk
- C. telapak
- D. jemari
- Se________ paus yang bergelimpangan ditemui mati di pantai.
- A. ekor
- B. kawan
- C. kandang
- D. kumpulan
- Bumbung kereta Taufiq kemik akibat ditimpa ________ pokok yang gugur dalam ribut tersebut.
- A. dedahan
- B. pepohon
- C. reranting
- D. dedaun
- ________ buah rumah di kampung itu rosak dilanda ribut.
- A. Segala
- B. Semua
- C. Beberapa
- D. Sebahagian
- Fakrul menambat kambing pada sebatang pokok. Antonim bagi perkataan menambat ialah
- A. menguraikan
- B. melepaskan
- C. meleraikan
- D. merelaikan
- Kelulusan SPM dengan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fizik dan Matematik merupakan salah satu ________ permohonan juruterbang kadet pelatih.
- A. tatacara
- B. proaktif
- C. prasyarat
- D. dwifungsi
- Puan Syafina sering mengasingkan diri daripada masyarakat kerana dia tidak suka bergaul dengan orang. Apakah perkataan berimbuhan pinjaman yang sesuai merujuk kepada sikap Puan Syafina?
- A. tatasusila
- B. antisosial
- C. multifungsi
- D. dwibulanan
- Pilih ayat yang betul.
- A. Labu sayung itu adalah labu yang menghasilkan air yang sejuk..
- B. Tabiat minum air adalah untuk membantu proses penghadaman.
- C. Encik Muin adalah dermawan yang berjasa kepada rakyat.
- D. Salah satu keajaiban dunia adalah Tembok Besar China.
- Pilih ayat yang betul.
- A. Haikal mengingati Suri supaya menghantar buku latihan.
- B. Akim memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dari radio.
- C. Cikgu Sani mempertanggungjawabkan Sufia menghantar buku ke bilik guru.
- D. Bagi mempermudahkan anaknya mencari maklumat, Zalifah menyediakan rangkaian tanpa wayar di rumahnya.

ok
Siap Cikgu
Siap cikgu