Latihan Tatabahasa – Set 1

Photo of author

By Cikgu Sue Sham

  1. Penyokong-penyokong pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Sungai Ara melonjak ________ apabila Alia menjaringkan gol kemenangan.
    • A. keceriaan
    • B. kemeriahan
    • C. kesenangan
    • D. kegembiraan
  2. Puan Rosmina memimpin tangan anaknya sambil menggenggam ________ anaknya dengan kemas.
    • A. kelengkeng
    • B. telunjuk
    • C. telapak
    • D. jemari
  3. Se________ paus yang bergelimpangan ditemui mati di pantai.
    • A. ekor
    • B. kawan
    • C. kandang
    • D. kumpulan
  4. Bumbung kereta Taufiq kemik akibat ditimpa ________ pokok yang gugur dalam ribut tersebut.
    • A. dedahan
    • B. pepohon
    • C. reranting
    • D. dedaun
  5. ________ buah rumah di kampung itu rosak dilanda ribut.
    • A. Segala
    • B. Semua
    • C. Beberapa
    • D. Sebahagian
  6. Fakrul menambat kambing pada sebatang pokok. Antonim bagi perkataan menambat ialah
    • A. menguraikan
    • B. melepaskan
    • C. meleraikan
    • D. merelaikan
  7. Kelulusan SPM dengan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fizik dan Matematik merupakan salah satu ________ permohonan juruterbang kadet pelatih.
    • A. tatacara
    • B. proaktif
    • C. prasyarat
    • D. dwifungsi
  8. Puan Syafina sering mengasingkan diri daripada masyarakat kerana dia tidak suka bergaul dengan orang. Apakah perkataan berimbuhan pinjaman yang sesuai merujuk kepada sikap Puan Syafina?
    • A. tatasusila
    • B. antisosial
    • C. multifungsi
    • D. dwibulanan
  9. Pilih ayat yang betul.
    • A. Labu sayung itu adalah labu yang menghasilkan air yang sejuk..
    • B. Tabiat minum air adalah untuk membantu proses penghadaman.
    • C. Encik Muin adalah dermawan yang berjasa kepada rakyat.
    • D. Salah satu keajaiban dunia adalah Tembok Besar China.
  10. Pilih ayat yang betul.
    • A. Haikal mengingati Suri supaya menghantar buku latihan.
    • B. Akim memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dari radio.
    • C. Cikgu Sani mempertanggungjawabkan Sufia menghantar buku ke bilik guru.
    • D. Bagi mempermudahkan anaknya mencari maklumat, Zalifah menyediakan rangkaian tanpa wayar di rumahnya.

3 thoughts on “Latihan Tatabahasa – Set 1”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.