Little Teacher dalam Bilik Darjah

Photo of author

By Cikgu Unicorn

Little Teachers ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu dalam peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid.

Program seumpama ini juga dilaksanakan di sekolah-sekolah lain dengan penggunaan nama yang berbeza seperti English Captain, Helper of The Day, Hero Helper dan lain-lain lagi.

PERANAN LITTLE TEACHER

Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan apabila lebih 80% aktivitinya berpusatkan murid. Dengan adanya Little Teachers sebagai fasilitator, lebih ramai murid dapat dipandu untuk mencapai objektif pembelajaran secara menyeluruh.

Tugas Little Teachers adalah untuk membantu rakan-rakan mereka yang memerlukan bantuan semasa proses PdPc Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah. Peranan guru yang dimainkan oleh Little Teachers ini pastinya dapat meningkatkan daya kepimpinan murid yang terlibat, di samping dapat membatu rakan-rakan yang memerlukan lebih sokongan.

LITTLE TEACHER DIBERI PENGHARGAAN

Little Teachers yang dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan baik layak diberikan sijil di penghujung tahun sebagai tanda penghargaan. Guru-guru perlu memantau dari semasa ke semasa perkembangan Little Teachers dan murid-murid.

Little Teachers yang tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik perlu dibimbing. Sekiranya sukar untuk memainkan peranan yang berkesan, guru boleh membuat gantian dan memberikan peluang kepada murid yang lain.

sijil penghargaan

KERTAS KERJA PROGRAM LITTLE TEACHER

Kerjasama daripada semua Little Teachers dan murid-murid lain pastinya akan mendatangkan hasil yang positif iaitu peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid kelas tersebut. Guru-guru yang berhasrat untuk memanjangkan program ini ke sekolah masing-masing, boleh menggunakan kertas kerja berikut:

Muat Turun Kertas Kerja Program Little Teacher

1 thought on “Little Teacher dalam Bilik Darjah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.