Memperisteri atau Memperisterikan

Photo of author

By Theeban Anbalagan

Kekeliruan antara ‘memperisteri’ dengan ‘memperisterikan’ dan ‘mempersuami’ dengan ‘mempersuamikan’ diberikan di bawah ini.

Maksud dan Contoh Penggunaan Memperisteri

  • memperisteri – menjadikan seseorang sebagai isteri
  • Encik Ali memperisteri Cik Waheeda yang dikenalinya sejak zaman universiti.

Maksud dan Contoh Penggunaan Mempersuami

  • mempersuami – menjadikan seseorang sebagai suami
  • Cik Waheeda mempersuami Encik Ali yang dikenalinya sejak zaman universiti.

Maksud dan Contoh Penggunaan Memperisterikan

  • memperisterikan – menjadikan seseorang lelaki beristeri
  • Pak Salleh memperisterikan anaknya, Ali dengan Cik Waheeda yang merupakan kenalan anaknya sejak zaman universiti.

Maksud dan Contoh Penggunaan Mempersuamikan

  • mempersuamikan – menjadikan seseorang wanita bersuami
  • Pak Ayob mempersuamikan anaknya, Waheeda dengan Encik Ali yang merupakan kenalan anaknya sejak zaman universiti.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.