Latihan Kata Nafi ini dimuatkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan. Melalui kurikulum ini, pembelajaran bahasa Melayu lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.
Nota Kata Nafi
Kata Nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu perkara. Kata Nafi terbahagi kepada dua, iaitu tidak dan bukan.
Dalam pembelajaran kata nafi, murid akan belajar mengenal dan menggunakan kata nafi mengikut konteks.
TIDAK | BUKAN |
Digunakan bagi menafikan frasa kerja dan frasa adjektif | Digunakan bagi menafikan frasa nama dan frasa sendi |
Contoh ayat: Pokok rambutan di belakang rumah atuk saya tidak berbuah lagi. | Contoh ayat: Cikgu Hanif bukan guru bahasa Inggeris tahun 3 Nilam |
Latihan Kata Nafi Tahun 4
Jawab kesemua 12 soalan di bawah dengan kata nafi yang betul dan tepat.
- Lelaki berbaju merah yang berniaga sayur-sayuran itu ________ rakyat Malaysia.
- Ibu akan memarahi adik jika dia _________ patuh akan nasihatnya.
- Anak bangsawan itu _________ pernah meninggi diri dengan guru sekolahnya.
- Wildan ______ berani untuk menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ayahnya.
- Kereta Proton Saga itu ______ buatan Jepun tetapi buatan Malaysia.
- Anis Azlin _________ suka makan nasi ayam.
- Sofia ________ menutup pintu rumah sewaktu dia meninggalkan rumah.
- Gadis yang cantik itu ________ anak Encik Abraham.
- Cikgu Zabedah __________ guru besar sekolah saya.
- Aishah _________ menonton televisyen tetapi dia sedang mendengar radio.
- Rumah besar dan mewah itu _________ mampu dibeli oleh ayah.
- Pelancong asing yang berada di Kuala Lumpur itu __________ berasal dari benua Eropah.
Semak Latihan Kata Nafi Tahun 4
Cikgu Zabedah __________ guru besar sekolah saya.
Gadis yang cantik itu ________ anak Encik Abraham.
Sofia ________ menutup pintu rumah sewaktu dia meninggalkan rumah.
Lelaki berbaju merah yang berniaga sayur-sayuran itu ________ rakyat Malaysia.
Ibu akan memarahi adik jika dia _________ patuh akan nasihatnya.
Kereta Proton Saga itu ______ buatan Jepun tetapi buatan Malaysia.
Wildan ______ berani untuk menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ayahnya.
Aishah _________ menonton televisyen tetapi dia sedang mendengar radio.
Anak bangsawan itu _________ pernah meninggi diri dengan guru sekolahnya.
Pelancong asing yang berada di Kuala Lumpur itu __________ berasal dari benua Eropah.
Anis Azlin _________ suka makan nasi ayam.
Rumah besar dan mewah itu _________ mampu dibeli oleh ayah.
Share your Results:
Rekod Penilaian Latihan Kata Nafi
Murid-murid diminta menyalin semula soalan Latihan Kata Nafi berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.
ini adalah pencobaan yang sangat mencabar.
betul tu
Good
Dh siap
Done
Dah siap!
Done
10/12
Sudah siap
â¤
Done !
SIAP!!!