Nota Dan Latihan Kata Nafi Tahun 4

Photo of author

By Fatin Sakinah

Latihan Kata Nafi ini dimuatkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan. Melalui kurikulum ini, pembelajaran bahasa Melayu lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.

Rujukan Guru: 5.1.4 (iii)

Nota Kata Nafi

Kata Nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu perkara. Kata Nafi terbahagi kepada dua, iaitu tidak dan bukan.

Dalam pembelajaran kata nafi, murid akan belajar mengenal dan menggunakan kata nafi mengikut konteks.

TIDAKBUKAN
Digunakan bagi menafikan frasa kerja dan frasa adjektifDigunakan bagi menafikan frasa nama dan frasa sendi
Contoh ayat:
Pokok rambutan di belakang rumah atuk saya tidak berbuah lagi.
Contoh ayat:
Cikgu Hanif bukan guru bahasa Inggeris tahun 3 Nilam

Latihan Kata Nafi Tahun 4

Jawab kesemua 12 soalan di bawah dengan kata nafi yang betul dan tepat.

  1. Lelaki berbaju merah yang berniaga sayur-sayuran itu ________ rakyat Malaysia.
  2. Ibu akan memarahi adik jika dia _________ patuh akan nasihatnya.
  3. Anak bangsawan itu _________ pernah meninggi diri dengan guru sekolahnya.
  4. Wildan ______ berani untuk menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ayahnya.
  5. Kereta Proton Saga itu ______ buatan Jepun tetapi buatan Malaysia.
  6. Anis Azlin _________ suka makan nasi ayam.
  7. Sofia ________ menutup pintu rumah sewaktu dia meninggalkan rumah.
  8. Gadis yang cantik itu ________ anak Encik Abraham.
  9. Cikgu Zabedah __________ guru besar sekolah saya.
  10. Aishah _________ menonton televisyen tetapi dia sedang mendengar radio.
  11. Rumah besar dan mewah itu _________ mampu dibeli oleh ayah.
  12. Pelancong asing yang berada di Kuala Lumpur itu __________ berasal dari benua Eropah.

Semak Latihan Kata Nafi Tahun 4

0%

Anis Azlin _________ suka makan nasi ayam.

Correct! Wrong!

Pelancong asing yang berada di Kuala Lumpur itu __________ berasal dari benua Eropah.

Correct! Wrong!

Gadis yang cantik itu ________ anak Encik Abraham.

Correct! Wrong!

Rumah besar dan mewah itu _________ mampu dibeli oleh ayah.

Correct! Wrong!

Aishah _________ menonton televisyen tetapi dia sedang mendengar radio.

Correct! Wrong!

Ibu akan memarahi adik jika dia _________ patuh akan nasihatnya.

Correct! Wrong!

Cikgu Zabedah __________ guru besar sekolah saya.

Correct! Wrong!

Kereta Proton Saga itu ______ buatan Jepun tetapi buatan Malaysia.

Correct! Wrong!

Sofia ________ menutup pintu rumah sewaktu dia meninggalkan rumah.

Correct! Wrong!

Anak bangsawan itu _________ pernah meninggi diri dengan guru sekolahnya.

Correct! Wrong!

Wildan ______ berani untuk menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ayahnya.

Correct! Wrong!

Lelaki berbaju merah yang berniaga sayur-sayuran itu ________ rakyat Malaysia.

Correct! Wrong!

Latihan Kata Nafi Tahun 4
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Rekod Penilaian Latihan Kata Nafi

Murid-murid diminta menyalin semula soalan Latihan Kata Nafi berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.

12 thoughts on “Nota Dan Latihan Kata Nafi Tahun 4”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.