Nota Tatabahasa: Kata Bilangan

Photo of author

By Cikgu Unicorn

Maksud Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.

Contoh Kata bilangan

Jenis Kata BilanganContohnya
Kata bilangan tentu
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan
Satu, dua, tiga, dan seterusnya Contoh ayat: Dua ekor kambing.
Kata bilangan tak tentu.
(Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)
Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya. Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan pecahan.
(Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan)
Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya. Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan.
(Menunjukkan bilangan yang berpisah)
Setiap, tiap-tiap. Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
Kata bilangan himpunan. (Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya. Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tingkat.
(Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah)
Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan.

Kesilapan Menggunakan Kata Bilangan

Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tentu.

SALAHBETUL
Tiga motosikal itu berjenama Honda.Tiga buah motosikal itu berjenama Honda.
Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.
Seratus calon telah menghadiri seminar UPSR.Seratus orang calon telah menghadiri seminar UPSR.

Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud jamak (banyak).

SALAHBETUL
Tiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.
Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.Empat pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
Lapan ratus pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.

Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu, kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.

SALAHBETUL
Amran membeli beberapa buku cerita.Amran membeli beberapa buah buku cerita. (Tatabahasa Dewan m.s 197)
Para orang peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.Para peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.
Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara haram.Sesetengah bas persiaran beroperasi secara haram.

Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.

SALAHBETUL
Kebanyakan guru-guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.Kebanyakan guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.
Semua surat-surat  telah dihantar kepada para tetamu.Semua surat  telah dihantar kepada para tetamu.
Sebahagian daripada pekerja-pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.Sebahagian daripada pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.

Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.

SALAHBETUL
Kedua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.Kedua-dua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.
Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah?Antara kedua-dua tugas, yang manakah lebih mudah?
Berbagai isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.

Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan himpunan.

SALAHBETUL
Ketiga-tiga anak Pak Halim menuntut di luar negara.Ketiga-tiga orang anak Pak Halim menuntut di luar negara.
Beratus-ratus sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.Beratus-ratus cucuk sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.
Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.Beribu-ribu keping cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.

Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.

SALAHBETUL
Para-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.Para-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.

*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati seperti penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.

Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.

SALAHBETUL
Berbagai acara diadakan dalam karnival jualan murah.Berbagai-bagai acara diadakan dalam karnival jualan murah.
Tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.Tiap-tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.
  1. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan  untuk menghitung sesuatu kata nama ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.

Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan.

SALAHBETUL
Peserta pertandingan pidato diberi masa lima buah minit sahaja.Peserta pertandingan pidato diberi masa lima minit sahaja.
Beberapa buah bahagian rumah pangsa itu telah retak.Beberapa  bahagian rumah pangsa itu telah retak.
Tiga orang mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.Tiga  mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.

Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan.

SALAHBETUL
Harga daging itu lapan setengah ringgit sahaja.Harga daging itu lapan ringgit setengah sahaja.
Saya menunggu awak sudah dua setengah jam.Saya menunggu awak sudah dua  jam setengah.

2 thoughts on “Nota Tatabahasa: Kata Bilangan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.