Nota Tatabahasa: Kata Ganti Nama Diri

Photo of author

By Cikgu Unicorn

Maksud Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri didedahkan bermula tahun 1 sekolah rendah. Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

Jenis Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur), Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar), dan Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya).

Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.

akuDigunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
sayaDigunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hambaDigunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patikDigunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
betaDigunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kamiDigunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kitaDigunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.

andaDigunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
awakDigunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkauDigunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hambaDigunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
tuankuDigunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalianDigunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamuDigunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)

bagindaDigunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliauDigunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Dia dan iaDigunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
merekaDigunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

Kesilapan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

SALAHBETUL
“Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.“Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
“Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.“Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
Saya ingin berjumpa dengan ia.Saya ingin berjumpa dengannya.
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.Mereka  sedang bermain bola di padang.

Ringkasan Nota Kata Ganti Nama Diri

TunggalBilangan Banyak /  Jamak
Pertamaaku, saya, patik, hamba.kami kita
Keduaawak, kamu, engkau, encik, cik, saudara, saudari, tuan, puan, anda, tuanku, tuan hamba.awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian
KetigaDia, Ia, Beliau, Baginda.mereka

1 thought on “Nota Tatabahasa: Kata Ganti Nama Diri”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.