Nota Tatabahasa: Kata Majmuk

Photo of author

By Cikgu Unicorn

Penghasilan KATA MAJMUK merupakan proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu. Terdapat tiga bentuk kata majmuk, seperti:

  1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas
  2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus
  3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)

Kata Majmuk (Rangkai Kata Bebas)

Berikut merupakan Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas:

gambar rajahkuning langsat
biru lautjalan raya
luar biasamerah muda
tengah harijam tangan
kapal terbangnasi minyak
bandar rayabom tangan
alat tulismeja tulis
terima kasihkipas angin

Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas ini juga termasuklan gelaran, seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.

Kata Majmuk (Istilah Khusus)

Kata Majmuk berbentuk istilah khusus adalah seperti contoh berikut:-

garis pusatkertas kerja
pita suaradarah panas
model linearmata pelajaran
segi tigabatu kapur
atur carakemas kini
kanta lekapreka bentuk

Kata Majmuk (Kiasan)

Kata Majmuk berbentuk kiasan ini terdiri daripada peribahasa (simpulan bahasa). Contohdapat dilihat melalui senarai berikut:-

kaki ayampilih kasih
duit kopianak emas
kaki bangkubuah hati
buah tanganmanis mulut
makan anginberat tangan

Kata Majmuk Mantap

Terdapat kata majmuk berbentuk ejaan yang telah mantap. Kata majmuk ini dieja sebagai satu perkataan.

antarabangsakerjasama
beritahuolahraga
bumiputeramatahari
jawatankuasasetiausaha
kakitangansukarela
pesuruhjayatanggungjawab
tandatanganwarganegara
suruhanjayapilihanraya

Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum. Contohnya:

Kata namaperibadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang
Kata adjektifsukacita, dukacita
Kata sendi namakepada, daripada
Kata hubungapabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala
Kata tanyabagaimana

Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja. Contohnya:

TunggalJamak
alat tulisalat-alat tulis
gambar rajahgambar-gambar rajah
balai rayabalai-balai raya
kapal terbangkapal-kapal terbang
Menteri BesarMenteri-menteri besar
suku katasuku-suku kata
garis pusatgaris-garis pusat

Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:

TunggalJamak
pesuruhjayapesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegarawarganegara-warganegara
tandatangantandatangan-tandatangan
jawatankuasajawatankuasa-jawatankuasa
setiausahasetiausaha-setiausaha

Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya:

  1. campur aduk    -           bercampur aduk
  2. ambil alih         -           mengambil alih
  3. daya serap        -           daya serapan
  4. ulang kaji          -           mengulang kaji

Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum. Contohnya:

  1. campur aduk    -           mencampuradukkan
  2. ambil alih         -           pengambilalihan
  3. daya serap        -           kedayaserapan
  4. ulang kaji          -           pengulangkajian

1 thought on “Nota Tatabahasa: Kata Majmuk”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.