Kata Nafi merupakan perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu:
- Bukan – menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
- Tidak – menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Berikut merupakan contoh penggunaan kata nafi dalam ayat:
- Ini bukan baju saya.
- Saya tidak mahu pergi ke rumah itu lagi.
Kesilapan penggunaan kata nafi tidak
Walaupun formula penggunaan kata nafi ini agak mudah dan ringkas, namun masih ada lagi kesalahan yang menjadi kebiasaan dalam ayat. Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya:
SALAH | BETUL |
bukan berjaya bukan bertunang bukan berusaha bukan benar bukan hidup bukan kaya bukan kecil bukan manis bukan mati bukan melanggar bukan membawa bukan menangkap bukan mengantuk bukan miskin bukan muda bukan pandai bukan pergi bukan rendah bukan tinggal bukan tinggi bukan tua | tidak berjaya tidak bertunang tidak berusaha tidak benar tidak hidup tidak kaya tidak kecil tidak manis tidak mati tidak melanggar tidak membawa tidak menangkap tidak mengantuk tidak miskin tidak muda tidak pandai tidak pergi tidak rendah tidak tinggal tidak tinggi tidak tua |
Kesilapan penggunaan kata nafi bukan
Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.
SALAH | BETUL |
tidak dari Kuantan tidak di desa tidak di Subang tidak doktor tidak emak mentua tidak gas tidak kakak tidak Kassim tidak ke Ipoh tidak kerajaan tidak ketua kampong tidak lembu tidak mahasiswa tidak oleh ibu tidak pelajar tidak tangan tidak tentang masakan tidak tentang Perdana Menteri tidak untuk kekasih tidak untuk wanita | bukan dari Kuantan bukan di desa bukan di Subang bukan doktor bukan emak mentua bukan gas bukan kakak bukan Kassim bukan ke Ipoh bukan kerajaan bukan ketua kampong bukan lembu bukan mahasiswa bukan oleh ibu bukan pelajar bukan tangan bukan tentang masakan bukan tentang Perdana Menteri bukan untuk kekasih bukan untuk wanita |
Kuiz Latihan Kata Nafi
Cikgu Zabedah __________ guru besar sekolah saya.
Ibu akan memarahi adik jika dia _________ patuh akan nasihatnya.
Aishah _________ menonton televisyen tetapi dia sedang mendengar radio.
Sofia ________ menutup pintu rumah sewaktu dia meninggalkan rumah.
Gadis yang cantik itu ________ anak Encik Abraham.
Lelaki berbaju merah yang berniaga sayur-sayuran itu ________ rakyat Malaysia.
Wildan ______ berani untuk menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ayahnya.
Pelancong asing yang berada di Kuala Lumpur itu __________ berasal dari benua Eropah.
Anak bangsawan itu _________ pernah meninggi diri dengan guru sekolahnya.
Kereta Proton Saga itu ______ buatan Jepun tetapi buatan Malaysia.
Anis Azlin _________ suka makan nasi ayam.
Rumah besar dan mewah itu _________ mampu dibeli oleh ayah.
Share your Results:
Catatan Untuk Rekod Penilaian
Murid-murid diminta menyalin semula soalan berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota atau buku tulis masing-masing. Salin Latihan Kata Nafi dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.