Nota Tatabahasa: Kata Perintah

Photo of author

By Cikgu Unicorn

Kata perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas yang berupa tindakan. Ayat perintah berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan, permintaan, silaan ataupun larangan.

Contoh-Contoh Kata Perintah

Kata perintah berfungsi dengan peranan yang tersendiri, berikut merupakan contoh kata perintah berserta fungsinya:

  1. Suruhan – tolong
  2. Permintaan – minta, harap
  3. Silaan – sila, jemput
  4. Larangan – jangan, usah.

Contoh Penggunaan Kata Perintah dalam Ayat

  • Tolong kembalikan buku cerita saya.
  • Minta semua peserta bersedia.
  • Harap saudara faham masalah saya.
  • Sila masuk.
  • Jemput makan.
  • Jangan berdiri di situ.
  • Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.

Kesilapan Penggunaan Kata Perintah dalam Ayat

Kesilapan Penggunaan Kata Perintah dalam Ayat yang selalunya melibatkan penggabungan kata perintah. Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat, ialah:

  • Sila jangan merokok di kawasan ini. (X)
  • Tolong jangan bising di dalam perpustakaan. (X)
  • Harap jangan memijak rumput ini. (X)
  • Jangan merokok di kawasan ini. (√)
  • Jangan bising di dalam perpustakaan. (√)
  • Jangan memijak rumput ini. (√)

Nota Kata Perintah dalam Ayat

  • Imbuhan meN- pada kata kerja transitif harus digugurkan dalam ayat perintah.
  • Imbuhan awalan kata kerja tak transitif harus dikekalkan dalam ayat perintah.

Kredit: Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

1 thought on “Nota Tatabahasa: Kata Perintah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.