Padanan Kata Adjektif

Photo of author

By Cikgu Sue Sham

Soalan ini disediakan oleh Cikgu Suzaini Shamsuldin dari Sekolah Kebangsaan Sungai Ara. Murid dikehendaki mengecam perkara yang dapat dikaitkan dengan kata adjektif berikut.

  1. Busuk
    • A. telur yang busuk
    • B. baju lama
    • C. kambing
    • D. longgokan sampah
  2. Kohong
    • A. longgokan sampah
    • B. bau minyak lama
    • C. bau bangkai
    • D. bau baju lama
  3. Hangit
    • A. nasi yang ditanak terlebih air
    • B. kuih yang masuk angin
    • C. biskut yang tidak ditutup
    • D. kuih yang dimasak terlalu lama
  4. Hamis
    • A. bau ikan
    • B. bau kambing
    • C. bau baju lama
    • D. bau kencing
  5. Hanyir
    • A. bau ikan
    • B. bau kambing
    • C. bau baju lama
    • D. bau sampah
  6. Pering
    • A. bau kambing
    • B. bau kencing
    • C. bau ikan
    • D. bau baju lama
  7. Payau
    • A. rasa air
    • B. rasa ubat
    • C. rasa buah
    • D. rasa hempedu
  8. Kelat
    • A. pelam muda
    • B. pisang muda
    • C. kelapa muda
    • D. mangga muda
  9. Manis
    • A. pulut udang
    • B. pulut seri muka
    • C. pulut lemak
    • D. beras pulut
  10. Masin
    • A. air sungai
    • B. air telaga
    • C. air laut
    • D. air mata air
  11. Malis
    • A. rasa yang manis
    • B. warna yang pucat
    • C. bau yang kuat
    • D. bunyi yang kuat
  12. Kusam
    • A. tidak berkilat atau bercahaya
    • B. tidak berwarna
    • C. warna yang semakin hilang
    • D. cahaya yang malap
  13. Lidas
    • A. rasa pedih dan gatal pada mata
    • B. rasa pedih dan gatal pada hidung
    • C. rasa pedih dan gatal pada lidah
    • D. rasa pedih dan gatal pada mulut
  14. Hapak
    • A. bau akibat sudah lama tersimpan
    • B. bau akibat sampah
    • C. bau kencing
    • D. bau baju yang berbulu
  15. Tengik
    • A. bau baju yang sudah lama tersimpan
    • B. bau minyak kelapa yang sudah lama tersimpan
    • C. bau ikan kering yang sudah lama tersimpan
    • D. bau kertas atau buku yang sudah lama tersimpan
  16. Lantung
    • A. bunyi orang menjerit
    • B. bunyi tikus berdecit
    • C. bunyi air memancut
    • D. bunyi yang kuat seperti letupan
  17. Hancing
    • A. bau telur busuk
    • B. bau sampah
    • C. bau kambing
    • D. bau kencing
  18. Culas
    • A. sangat rajin
    • B. sangat malas
    • C. sangat gemuk
    • D. sangat kurus
  19. Kenyal
    • A. agak rapuh
    • B. agak lemau
    • C. agak liat
    • D. agak garing
  20. Lunyai
    • A. pakaian kumal
    • B. pakaian kedut
    • C. pakaian buruk
    • D. pakaian kusam
  21. Gamang
    • A. sedih melihat kematian
    • B. takut melihat kemalangan
    • C. gayat melihat jurang yang agak dalam
    • D. risau melihat orang ramai
  22. Lemau
    • A. nasi yang lebih air
    • B. biskut yang masuk angin
    • C. kuih yang terlebih masak
    • D. air yang rasa pelik
  23. Sebam
    • A. cahaya yang agak suram
    • B. cermin yang agak kabur
    • C. pakaian sudah luntur warna
    • D. cuaca yang agak redup
  24. Mengkal
    • A. kuih yang tidak masak benar
    • B. pulut yang tidak masak benar
    • C. gulai yang tidak masak benar
    • D. durian yang tidak tidak masak benar
  25. Pijar
    • A. berasa panas badan kerana deman
    • B. berasa lenguh tangan kerana menumbuk cili
    • C. berasa panas tangan kerana memegang cili
    • D. berasa panas muka kerana terkena matahari

1 thought on “Padanan Kata Adjektif”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.