Panduan Kerja Warga KPM dalam Tempoh PKPB

Photo of author

By GengSekolah.Com

YAB Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2020 telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi.

Sektor ini termasuklah operasi Sektor Awam dan Swasta secara berhati-hati bermula 4 Mei 2020 dengan menguatkuasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan kesihatan yang ketat.

Pegawai dan Kakitangan yang Terlibat

YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha Negara juga telah memaklumkan bahawa perkhidmatan kerajaan di bawah kerajaan persekutuan seluruh negara beroperasi sepenuhnya dengan keberadaan penjawat awam sebanyak 70 peratus. Semua pegawai dan kakitangan KPM juga akan kembali bertugas bermula 18 Mei 2020.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Tugas untuk warga KPM. Garis panduan ini perlu diguna pakai oleh warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kebiasaan baharu menangani Virus Korona (Covid-19).

Diharapkan dapat dijadikan panduan untuk melaksanakan tugas sama ada di pejabat atau di rumah serta arahan yang berkaitan dengannya.

Arahan Pentadbiran ini terpakai kepada semua pegawai dan kakitangan Bahagian-bahagian di lbu Pejabat Kementerian, Agensi, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah termasuk pekerja lantikan kontrak, Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan pelajar latihan industri.

Pegawai dan Kakitangan KPM Mula Bertugas

Pegawai dan kakitangan KPM yan berada di kampung sejak 18 Mac 2020 disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sepatutnya telah kembali ke kediaman masing-masing mulai 7 Mei 2020 hingga 10 Mei 2020 yang lalu menggunakan aplikasi Gerak Malaysia.

Sekiranya masih belum berada di stesen bertugas, pegawai dan kakitangan KPM masih boleh memohon daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di daerah masing-masing bagi tujuan kelulusan merentas sempadan untuk kembali bekerja.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan dipohon menyelaras dan memanjangkan maklumat kepada pegawai yang terlibat yang berada di kampung dan memastikan pegawai kembali ke kediaman masing-masing dan seterusnya memulakan tugas berkuat kuasa 27 Mei 2020 (Rabu).

Maksimumkan Penggunaan Aplikasi Dalam Talian

Dalam pada itu, penggunaan aplikasi atas talian perlu terus digalakkan bagi meminimumkan kehadiran pelanggan ke kaunter selari dengan amalan penjarakan sosial.

Pihak Kementerian memberi perhatian serius dan keutamaan terhadap keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warga KPM.

Diharapkan dengan inisiatif ini, kesinambungan sistem penyampaian perkhidmatan (delivery system) kepada rakyat dapat diteruskan dengan berkesan di samping menyokong pertumbuhan semula ekonomi negara.

Amalkan Langkah Keselamatan di Tempat Kerja

  • Mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter dengan pegawai lain;
  • Sentiasa mencuci tangan dan menggunakan hand sanitizer
  • Memakai pelitup muka (face mask);
  • Tidak bersalaman; dan
  • Tidak berkongsi menggunakan peralatan solat seperti sejadah, kain telekung dan kain pelikat.

Garis Panduan Tidak Diguna Pakai Untuk Guru

Arahan pentadbiran ini tidak terpakai kepada guru-guru di sekolah kerana guru perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP)/ Soalan Lazim (FAQ) yang telah dikeluarkan pada 27 Mac 2020 yang boleh dirujuk di laman web KPM.

Muat Turun Garis Panduan Kerja KPM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.