PBD Gantikan UPSR dan PT3 2020

Photo of author

By GengSekolah.Com

Tiada peperiksaan baharu untuk gantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun ini. Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan bahawa UPSR, PT3 dan peperiksaan setaranya dibatalkan berikutan Pendemik, COVID-19.

BACA: UPSR, PT3 TAHUN 2020 DIBATALKAN 

Terkini, melalui sesi Wanwancara di Astro Awani, Dr Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan bahawa penilaian terhadap tahap penguasaan murid hanya akan dilakukan berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

PBD Relevan Dengan Penilaian Murid

Kebiasaannya, semua calon UPSR akan menduduki peperiksaan pra dan peperiksaan percubaan. Namun untuk tahun ini, kesemua pelajar tingkatan tiga dan tahun enam, tidak akan ada peperiksaan ganti.

Hal ini berikutan penilaian untuk semua pelajar ini boleh dilaksanakan melalui PBD dan guru-guru telah melakukan penilaian ini untuk satu tempoh yang panjang secara berterusan.

Pentaksiran Sekolah Khusus Seperti SBP

Sementara itu, bagi kumpulan murid yang berhasrat untuk ke sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan akan melaksanakan sebuah pentaksiran khas. Kaedah baharu ini tidak hanya fokus kepada prestasi akademik semata-mata, namun potensi murid daripada pelbagai aspek juga turut diambil perhatian.

Semua pihak perlu melihat penilaian ini dalam konteks yang holistik bagi melibatkan pelbagai aspek pelajar. Pada masa ini, pilihan tersebut sedang diteliti secara mendalam bagi memastikan kaedah yang digunakan akan melibatkan keseluruhan potensi murid tanpa bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata.

Dr Mohd Radzi Md Jidin juga memaklumkan bahawa murid yang tidak berhasrat untuk ke sekolah khusus, tidak perlu mengikuti kaedah baharu yang akan diperkenalkan kelak, jelas Dr Mohd Radzi.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.