Pembelajaran menggunakan e-learning Sehingga Jun 2020

Photo of author

By QuizBot GS

Kementerian Pendidikan UAE telah mengumumkan bahawa sistem pendidikan jarak jauh, e-learning akan dilanjutkan sehingga Jun 2020. Sistem e-learning ini telah bermula pada 22 Mac 2020 di UAE meliputi semua pelajar sekolah dan universiti, sama ada swasta mahupun awam.

Langkah berjaga-jaga ini diambil berikutan penyebaran Virus Korona (COVID-19) yang melanda seluruh dunia. Usaha ini diharapkan dapat mengelakkan penyebaran COVID-19 dan menyebabkan keadaan semakin buruk.

Bentuk Jawatankuasa Khas Sediakan Keperluan

Kementerian Pendidikan juga telah membentuk jawatankuasa khas yang melibatkan pegawai pendidikan dan pentadbiran dari pelbagai jabatan untuk menyediakan keperluan khas sistem pendidikan jarak jauh. Kementerian itu juga berkata pelan kajian baru yang menjamin kelestarian pengajaran dan pembelajaran telah disediakan dan akan diedarkan kepada semua sekolah.

Jawatankuasa ini juga akan berusaha untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pendidikan jarak jauh. Pihak kementerian perlu mengambil keputusan yang sesuai untuk memastikan sesi pembelajaran berterusan sehingga Jun ini. Menurut jurucakap Kementeran Pendidikan UAE Dr Amna Al Dhahaq, pembelajaran perlu berlangsung dalam apa jua keadaan.

Aplikasi e-Learning Menghubungkan Pendidik

Satu aplikasi e-learning diperkenalkan. Setiap pelajar dan ibu bapa akan diberikan kata laluan yang membolehkan pelajar menggunakan aplikasi tersebut. Penjaga akan turut mengikuti pembelajaran anak-anak. E-learning ini membantu semua pelajar untuk berkomunikasi dari dalam rumah mereka dengan guru-guru di sekolah.Pembelajaran ini boleh menggunakan media audio dan video, dan menghantar nota dan pertanyaan mengenai pelajaran secara interaktif.

Aplikasi ini membolehkan pelajar menghantar tugasan mereka kembali kepada guru mereka untuk disemak. Setelah membuat semakan, guru menyerahkan semula mereka kepada pelajar dengan penjelasan terperinci tentang pembetulan atau kesalahan yang dilakukan. Aplikasi ini juga membolehkan penjaga memantau interaksi dan tingkah lakunya anaknya, selain menerima prestasi pembelajaran anak-anak secara terperinci dalam pelbagai subjek.

Pembelajaran di Malaysia dalam Tempoh PKP

Telah kami kongsikan Surat Siaran Pelaksanaan PdP Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Guru-guru diberikan kelonggaran memilih cara pembelajaran tersendiri. Guru perlu merancang, menyedia dan menyampaikan bahan PdP sesuai mengikut keupayaan murid, sama ada dari aspek keupayaan akademik dan juga kebolehcapaian internet.

Kami doakan agar guru-guru dilindungi daripada bahaya wabak COVID-19, dan dapat membantu proses pembelajaran jarak jauh ini dengan sebaiknya.

Berkongsi Bahan Pembelajaran di GengSekolah.Com

Guru-guru dialu-alukan untuk berkongsi bahan yang dihasilkan di laman gengsekolah.com. Kami akan menjemput guru-guru yang bersedia untuk berkongsi bahan atau info seperti yang dilakukan oleh Cikgu Rafiz Mohd Salleh menerusi pautan ini.

Profil guru akan. terpapar pada akhir perkongsian sebagai tanda kami hargai usaha cikgu. Jom hubungi kami melalui emel ([email protected]) dan facebook (https://www.facebook.com/gengsekolahdotcom/).

Contoh ruangan penulis

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.