Latihan Peribahasa Tahun 5

Photo of author

By Fatin Sakinah

Latihan Peribahasa ini dimuatkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan ini. Latihan peribahasa ini dikaitkan dengan penggunaan bahasa yang indah dalam aspek seni bahasa Melalui kurikulum ini, pembelajaran bahasa Melayu lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.

Rujukan Guru: 4.2.2 Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif.
Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5, Muka Surat 143 (Bercerita)

PERIBAHASA (ASPEK SENI BAHASA)

Aspek seni bahasa merangkumi ungkapan dan apresiasi keindahan melalui bahasa yang indah. Penggunaan bahasa yang indah terdiri daripada peribahasa seperti simpulan bahasa, perumpamaan dan bandingan. Dalam pembelajaran kata peribahasa, murid akan belajar mengenal dan menggunakan peribahasa yang sesuai mengikut konteks.

CONTOH DAN MAKSUD PERIBAHASA

CONTOH PERIBAHASAMAKSUD
Seperti ular kena paluJalan atau barisan yang bengkang-bengkok / Jalan yang tidak lurus
Seperti mengajar itik berenangMengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Bagai aur dengan tebingTolong-menolong antara satu sama lain

Pilih peribahasa yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong bagi melengkapkan cerita.

ringan tulanghendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.bagai aur dengan tebingambil berattempat berpijak sudah terbang, tempat bergantung sudah putus
seperti enau dalam belukarisi dengan kukuibarat kaca terhempas ke batuseperti kacang lupakan kulitseperti rusa masuk kampung

Pada suatu petang, Zarul dan adiknya sedang bermain bola bersama di halaman rumah. Tiba-tiba, seorang polis datang memaklumkan ibu bapa mereka menghadapi satu kemalangan maut. Zarul dan adiknya terkejut dan hampir pengsan tetapi mereka berusaha menerima hakikat bahawa kedua ibu bapanya telah meninggalkan mereka selamanya. Hati mereka luluh ________________. Mereka hilang tempat pergantungan, __________________.

Seminggu kemudian, mereka terpaksa dihantar ke kampung untuk dijaga oleh datuk dan nenek. Pada asalnya, mereka tidak pernah tinggal di kampung dan sangat sukar untuk menyesuaikan diri __________________. Mereka cuba menyesuaikan diri dengan bantuan penjaga baharu dalam segala hal. Bagi mendapatkan sesuatu yang terbaik, kita perlu gigih kerana ________________.

Masyarakat kampung sangat selesa dengan sikap yang dimiliki oleh mereka kerana rajin dan suka menolong terutamanya semasa kenduri-kendara. Mereka sangat terkenal dengan sikap __________ . Tidak dilupakan juga, mereka bersyukur kerana dapat tinggal dalam masyarakat yang kehidupannya ______________ antara satu sama lain. Sukar dijumpai penduduk kampung ini yang mementingkan diri sendiri ____________ . Mereka sangat gembira dengan cara gaya hidup masyarakat di kampung ini yang masih mengamalkan nilai-nilai murni yang baik.

Sifat kejiranan mereka sangat rapat bagai ____________. Mereka juga sentiasa ___________ akan kebajikan jiran tetangga. Namun begitu, mereka juga tidak lupa akan kehidupan di bandar yang masih terpahat di hati. Mereka bukanlah ______________.

Latihan Peribahasa

Jawab kesemua soalan di bawah dengan memilih peribahasa yang paling tepat.

0%

Zarul dan adiknya terkejut dan hampir pengsan tetapi mereka berusaha menerima hakikat bahawa kedua ibu bapanya telah meninggalkan mereka selamanya. Hati mereka luluh ________________.

Correct! Wrong!

Masyarakat kampung sangat selesa dengan sikap yang dimiliki oleh mereka kerana rajin dan suka menolong terutamanya semasa kenduri-kendara. Mereka sangat terkenal dengan sikap __________

Correct! Wrong!

Afzan dan Aminudin merupakan adik-beradik kembar yang sangat berbeza sikapnya. Afzan seorang yang sangat penyabar manakala Aminuddin panas baran.

Correct! Wrong!

Sharifah menjadi _______________ pasukan bola jaring sekolahnya kerana kehandalannya menjaringkan gol.

Correct! Wrong!

Mereka cuba menyesuaikan diri dengan bantuan penjaga baharu dalam segala hal. Bagi mendapatkan sesuatu yang terbaik, kita perlu gigih kerana ________________.

Correct! Wrong!

Latihan Peribahasa
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Rekod Penilaian Latihan Peribahasa

Murid-murid diminta menyalin semula soalan Latihan Peribahasa berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.

3 thoughts on “Latihan Peribahasa Tahun 5”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.