Perkara Yang Akan Diambil Kira Sebelum Mula Persekolahan

Photo of author

By GengSekolah.Com

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang Video bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan dan YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang situasi COVID-19 di Malaysia.

Dalam interaksi yang berlangsung selama 40 minit itu, beberapa perkara utama telah dibincangkan dan terdapat juga isu berkaitan pendidikan.

Perkara Yang Akan Diambil Kira Sebelum Mula Persekolahan

Perkembangan positif mengenai COVID-19 menjadi sebutan apabila bilangan kes menurun kepada dua angka. Sebelum menyambung semula persekolahan, YAB Perdana Menteri dari kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan.

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/videos/2695170460727363/

Amalan Kebersihan Warga Sekolah

Antara Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah pematuhan dalam beberapa aspek seperti amalan kebersihan benar-benar dipraktikkan. Warga sekolah sentiasa perlu mencuci tangan dan menggunakan hand sanitizer serta memakai pelitup muka (face mask) untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Periksa Suhu Badan Warga Sekolah

Seperti yang dilaksanakan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, bangunan komersial seperti kedai sebaneka dan restoran, pemeriksaan suhu badan adalah perlu. Suhu badan yang lebih tinggi daripada suhu yang ditetapkan, tidak dibenarkan masuk ke sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan alatan atau keperluan untuk melaksanakan langkah ini.

Amalan Penjarakan Sosial dalam Bilik Darjah

Amalan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter antara satu sama lain perlu dilaksanakan. Purata bilangan murid dalam satu kelas adalah seramai 40 orang.

Sekiranya dihadkan kepada 20 orang murid dalam sesebuah kelas, bilangan kelas akan bertambah kepada 2 kelas. Sekiranya penjarakan masih belum menepati penjarakan sosial, mungkin juga pihak KPM menetapkan maksimum hanya 15 orang murid dalam satu kelas (memerlukan 3 kelas).

Kekurangan Bilik Darjah untuk Menempatkan Murid

Sekiranya penambahan bilangan kelas berlaku, bilangan kelas yang diperlukan adalah berganda. Daripada satu kelas sebelum ini, mungkin akan menjadi 2 hingga 3 kelas pada masa akan datang. Hal ini perlu mendapat penelitian dari segi pelaksanaannya. Bukan semua sekolah mempunyai bilik-bilik kosong yang boleh digunakan untuk penempatan kelas baharu.

Wujudkan Dua Sesi Persekolahan

YAB Perdana Menteri juga ada menyebut bahawa sekolah berkemungkinan dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Langkah ini juga perlu dikaji sama ada rasional dilaksanakan atau wujud kekangan yang lebih banyak sekiranya diteruskan.

Pelbagai idea dan cadangan yang dikongsikan oleh YAB Perdana Menteri dalam perbincangan bersama Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin. Namun pelaksanaannya perlulah diperhalusi sedalamnya sebelum memulakan semula sesi persekolahan.

Tiada Sebarang Tarikh Diputuskan untuk Memulakan Persekolahan

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin sebelum ini telah memaklumkan bahawa pengumuman akan dibuat 2 minggu sebelum sesi persekolahan dibuka semula. Sehingga kini tiada tarikh yang diputuskan. Sebarang keputusan akan bergantung kepada bilangan kes semasa COVID-19

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.