Pertandingan Ceritalah Adikku Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

Photo of author

By Hashida Wahab

Hai geng sekolah! Selamat menyambut bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan. Berita baik kepada kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun di negeri Johor dan Melaka! Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan menganjurkan Pertandingan Ceritalah Adikku.

Ayuh, serlahkan bakat dan luaskan imaginasi anak-anak dengan mengarang cerita sains fiksyen atau cereka tentang COVID-19! Kemudian, berceritalah secara kreatif berdasarkan karangan tersebut.

Tarikh tutup penyertaan Pertandingan Ceritalah Adikku

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2020. Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang pertandingan ini, sila hubungi urus setia melalui talian telefon atau WhatApp 012-2569124 dan 013-7511298 atau e-mel raziddbp.pov.mv dan adiladbp.gov.mv

Syarat-Syarat Pertandingan Ceritalah Adikku

  1. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahap dua (berusia 10 hingga 12 tahun) di negeri Johor dan Melaka sahaja.
  2. Tema bagi pertandingan bercerita ini ialah Novel Coronavirus (COVID-19).
  3. Peserta dikehendaki mengarang cerita rekaan (cereka) sains atau imaginasi berdasarkan tema yang ditetapkan dan merakamkan video bercerita daripada bahan tersebut. Durasi rakaman video mestilah sekurang-kurangnya tiga (3) minit dan tidak lebih daripada lapan (8) minit.
  4. Karangan cereka yang dihasilkan mestilah ciptaan sendiri, bukannya hasil plagiat atau diciplak daripada karya orang lain.
  5. Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu sensitif berkaitan politik, agama dan kaum. Peserta juga tidak dibenarkan menggunakan apa-apa perkataan yang membawa konotasi negatif atau yang melanggar tatasusila masyarakat.
  6. Peserta mestilah menggunakan bahasa Melayu.
  7. Peserta dibenarkan memakai kostum yang bersesuaian dan menggunakan alat bantu yang ringkas semasa rakaman video diadakan.
  8. Penilaian dibuat berdasarkan rakaman video yang jelas, kekuatan isi cerita, gaya persembahan, kelancaran dan kefasihan berbahasa, intonasi serta penggunaan bahasa yang baik dan betul.
  9. Rakaman video bercerita dan salinan karangan cereka yang dihasilkan hendaklah dihantar kepada urus setia melalui e-mel [email protected] berserta maklumat yang diperlukan, iaitu nama peserta, alamat lengkap, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi.
  10. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan selaku penganjur pertandingan BERHAK menggunakan karya yang dihantar dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi atau penerbitan atau paparan di media cetak, media sosial dan media elektronik.
  11. Penganjur juga berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan.
  12. Semua penyertaan yang diterima akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka VVilayah Selatan. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Hadiah Pertandingan Ceritalah Adikku

Hadiah yang disediakan ialah Hadiah tempat pertama, Hadiah tempat kedua, Hadiah tempat ketiga dan Hadiah sagu hati x 2.

  1. Pertama: RM600.00 berserta sijil
  2. Kedua : RM500.00 berserta sijil
  3. Ketiga : RM400.00 berserta sijil – RM200.00/seorang berserta sijil
  4. *Semua peserta pertandingan akan menerima sijil penyertaan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.