Panduan Portal Digital Learning KPM

Photo of author

By GengSekolah.Com

Portal Digital Learning merupakan satu laman Digital Classroom Learning Management Systems (LMS) berasaskan web 2.0. Konsep Digital Classroom adalah alat bantu PdPc yang mengabungkan elemen, mencipta dan memberi tugasan, kolaborasi atas talian, memberi markah (gred tugasan) tanpa menggunakan kertas.

Digital Classroom juga boleh digunakan dengan Google Drive untuk kolaborasi tugasan, Gmail untuk komunikasi dan Google Calender untuk penjadualan.

Panduan Portal Digital Learning Guru

digital learning KPM, digital calassroom
  1. Log masuk ke portal.moe.edu.my menggunakan akaun sekolah untuk ke menu sekolah.
  2. Klik Perkara Pertama dan isikan butiran berkaitan untuk sekolah anda.
  3. Klik ikon Online Storage dan muat turun Guru Account File.
  4. Sila tukar kata laluan anda semasa log masuk. Persiapkan e-mel kedua anda di halaman akaun. Guru dapat menyediakan keselamatan tambahan untuk menetapkan semula kata laluan dan membolehkan 2 faktor pengesahan.
  5. ID pengguna guru akan mengikut format: [email protected]. XX adalah 2 digit terakhir pada IC guru. (Sekiranya terdapat lebih daripada 1 guru dengan nama yang sama). Kata laluan adalah No. IC ( Tanpa “-” )
  6. Guru kini boleh mengakses portal.
  7. Sila Hubungi Admin IT Sekolah untuk reset kata laluan sekiranya menghadapi kesulitan.

Panduan Portal Digital Learning Murid

  1. Log masuk ke portal.moe.edu.my menggunakan akaun sekolah untuk ke menu sekolah.
  2. Klik ikon Online Storage dan muat turun Murid Account File.
  3. Bahagikan fail mengikut kelas.
  4. Fail kelas diedarkan kepada setiap guru kelas. Guru kelas akan mengedarkan ID & kata laluan kepada kelas.
  5. ID Murid mengikut format berikut: [email protected]. XX adalah ID Murid dalam APDM.
  6. Murid boleh menggunakan portal.
  7. Sila hubungi Admin IT sekolah untuk reset kata laluan guru dan murid sekiranya menghadapi sebarang kesulitan.

1 thought on “Panduan Portal Digital Learning KPM”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.