Silibus Subjek Sejarah Tahun 5

Photo of author

By Cikgu Asraf

Apa yang anak anda akan belajar dalam subjek sejarah tahun 5 bagi sesi persekolahan 2020? Mari saya buat bedah DSKP (Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran). Dengan adanya “pembedahan” ini, dapatlah kita lihat dengan lebih terperinci apa yang bakal anak-anak belajar.

Tema Subjek Sejarah Tahun 5

Tema subjek sejarah tahun 5 ini ada satu tema sahaja iaitu “Kedaulatan Negara”. Tema ini kemudiannya dipecahkan kepada 4 topik utama iaitu:

  1. Warisan Negara Kita
  2. Perjuangan Kemerdekaan Negara
  3. Yang di-Pertuan Agong
  4. Identiti Negara Kita

Topik 1 (Warisan Negara Kita)

Topik ini ada 3 subtopik yg kecil iaitu “Institusi Raja”, “Agama Islam”, dan “Bahasa Melayu”

Subtopik 1.1 (Institusi Raja)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Maksud raja dan kerajaan.
  • Konsep daulat dan derhaka.
  • Kedudukan raja pada masa kini.
  • Negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja pada masa kini.
  • Kepentingan taat setia kepada raja.
  • Kepentingan mempertahankan institusi raja.
  • Penghargaan terhadap institusi raja.

Subtopik 1.2 (Agama Islam)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Islam sebagai warisan negara.
  • Islam sebagai agama Persekutuan.
  • Cara hidup bermasyarakat dalam Islam.
  • Kesenian Islam di Malaysia.
  • Peranan agama Islam dalam membentuk perpaduan.
  • Nilai-nilai keagamaan yang diamalkan bagi membentuk masyarakat yang harmoni.
  • Kesenian Islam sebagai salah satu warisan negara yang dibanggakan.

Subtopik 1.3 (Bahasa Melayu)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Asal usul bahasa Melayu.
  • Bahasa Melayu sebagai lingua franca.
  • Taburan penutur bahasa Melayu di dunia.
  • Bahasa Melayu sebagai warisan negara yang dibanggakan.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
  • Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Topik 2 (Perjuangan Kemerdekaan Negara)

Topik ini mengandungi 3 subtopik iaitu “Penjajahan Dan Campur Tangan Kuasa Luar”, “Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang British” dan “Sejarah Kemerdekaan 1957”.

Subtopik 2.1 (Penjajahan Dan Campur Tangan Kuasa Luar)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Menyenaraikan kuasa luar yang menjajah dan campur tangan di negara kita.
  • Negeri-negeri yang berada di bawah penjajahan dan campur tangan British.
  • Penjajahan dan campur tangan British dalam pentadbiran dan ekonomi.
  • Kesan penjajahan dan campur tangan British terhadap pentadbiran dan sosioekonomi.
  • Kepentingan memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kita.
  • Kekayaan sumber alam untuk kemajuan negara kita.
  • Menyatakan semangat kekitaan dan kebersamaan dalam membentuk negara yang aman dan makmur.

Subtopik 2.2 (Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang British)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Tokoh tempatan yang menentang penjajahan British.
  • Peristiwa penentangan tokoh tempatan terhadap British.
  • Sebab penentangan tokoh tempatan terhadap British.
  • Iktibar yang diperoleh daripada perjuangan tokoh terdahulu.
  • Bangga terhadap perjuangan pemimpin terdahulu.
  • Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

Subtopik 2.3 (Sejarah Kemerdekaan 1957)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Peristiwa ke arah perjuangan kemerdekaan.
  • Tokoh-tokoh yang berjuang ke arah kemerdekaan.
  • Rundingan bagi mendapatkan kemerdekaan.
  • Detik-detik pengisytiharan kemerdekaan.
  • Pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang boleh dicontohi.
  • Kepentingan permuafakatan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan
  • Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

Topik 3 (Yang di-Pertuan Agong)

Dalam topik ini murid perlu menguasai

  • Menyatakan Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi ketua negara Malaysia.
  • Cara pelantikan Yang di- Pertuan Agong.
  • Bidang kuasa Yang di- Pertuan Agong.
  • Alat-alat kebesaran Yang di- Pertuan Agong dan Permaisuri Agong.
  • Kepentingan menghargai Yang di-Pertuan Agong sebagai lambang perpaduan.
  • Keunikan institusi Yang di- Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan di Malaysia.
  • Kepentingan menghormati pemimpin negara.

Topik 4 (Identiti Negara Kita)

Topik ini mengandungi 5 subtopik iaitu “Jata Negara”, “Bendera Kebangsaan”, “Lagu Kebangsaan”, “Bahasa Kebangsan” dan “Bunga Kebangsaan”.

Subtopik 4.1 (Jata Negara)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Lambang pada Jata Negara.
  • Makna lambang-lambang pada Jata Negara.
  • Cogan kata yang terdapat pada Jata Negara.
  • Kepentingan menghormati Jata Negara.
  • Jata Negara sebagai lambang perpaduan
  • Kepentingan menghayati dan mengamalkan cogan kata Jata Negara.

Subtopik 4.2 (Bendera Kebangsaan)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Nama bendera kebangsaan
  • Sejarah penciptaan bendera kebangsaan.
  • Makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan.
  • Etika menaikkan bendera kebangsaan.
  • Bendera kebangsaan negara- negara di Asia Tenggara.
  • Tujuan bendera kebangsaan dikibarkan.
  • Kepentingan menghormati bendera kebangsaan.
  • Bendera kebangsaan sebagai simbol perpaduan.

Subtopik 4.3 (Lagu Kebangsaan)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Nama lagu kebangsaan Malaysia.
  • Sejarah penciptaan lagu kebangsaan Malaysia.
  • Lirik dan maksud lagu Negaraku.
  • Etika menyanyikan lagu kebangsaan.
  • Kepentingan lagu kebangsaan.
  • Peranan lagu kebangsaan dalam membentuk jati diri.
  • Kepentingan menyanyikan lagu kebangsaan dengan bersemangat.
  • Menyatakan lagu kebangsaan sebagai simbol perpaduan.

Subtopik 4.4 (Bahasa Kebangsaan)

Dalam subtopik ini murid perlu menguasai

  • Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan
  • Peranan bahasa kebangsaan
  • Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Kepentingan memperkasa bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan.
  • Rasa bangga menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan dan penulisan.
  • Nilai yang diperoleh melalui lirik lagu ”Bahasa Jiwa Bangsa”.

Ingat, subjek sejarah mempunyai kesinambungan. Contohnya topik 1 dan 2 akan ada kesinambungan di sekolah menengah. Oleh itu, amatlah penting anak anda menguasai topik dan subtopik yg ada dlm sejarah tahun 5 supaya tidak “lemas” apabila masuk sekolah menengah nanti.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.