Tema Hari Kebangsaan 2019 (Logo dan Lagu)

1
243

Tema Hari Kebangsaan 2019 (Hari Kemerdekaan 2019) ialah ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’. Tema diharapkan dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Logo Hari kebangsaan 2019

logo merdeka 2019

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengekalkan logo rasmi sambutan tahun lalu dengan tambahan tema baharu berkenaan, manakala ‘Malaysia Bersih’ dipilih sebagai lagu utama sambutan tahun ini.

Logo rasmi ini memaparkan simbol rakyat dalam pergerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati yang menyatukan mereka.

Logo ini juga menggambarkan rakyat Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonian, seia sekata, sehati dan sejiwa.

Keharmonian ini akan menyuburkan perasaan sayang akan negara. Penggunaan warnanya bertemakan warna Jalur Gemilang pula menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

1 COMMENT

  1. weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…………………………………….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.