17.7 C
New York
Sunday, September 19, 2021

Buy now

Nota dan Latihan Kata Penguat

Kata penguat ialah kata yang mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung padanya.

Jenis-Jenis Kata Penguat

Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.

Kata Penguat Hadapan

Perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif atau frasa adjektif. Contohnya terlalu, paling dan agak.

Kata Penguat Belakang

Perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif atau frasa adjektif. Contohnya sekali. benar. betul dan nian.

Kata Penguat Bebas

Perkataan yang letaknya bebas sama ada sebelum atau sesudah kata adjektif atau frasa adjektif. Contohnya amat. sangat dan sungguh.

Kuiz Kata Penguat Tahap 2

  1. Pilih ayat yang betul.
    • A. Kasut yang baru dibelinya itu terlalu mahal.
    • B. Jalan kecil itu ialah jalan dekat paling ke sekolah saya.
    • C. Cuaca hari ini sekali panas.
    • D. Suaranya yang nian merdu itu sangat digemari juri.
  2. Pilih ayat yang betul.
    • A. Persembahan penyanyi itu terhebat sekali.
    • B. Makanan yang dimasak oleh ibu paling sedap sekali.
    • C. Kura-kura amat gembira sekali apabila berjaya mengalahkan arnab.
    • D. Dia berasa teramat gembira sekali setelah menjuarai pertandingan itu.
  3. Pilih ayat yang betul.
    • A. Betul cantik nian tulisan kamu.
    • B. Ibu jatuh sakit kerana sangat sedih sekali setelah kematian ayah.
    • C. Saya berasa teramat senang sekali apabila awak dapat membantu saya.
    • D. Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke tahap yang paling tinggi sekali.
  4. Dialah yang paling pandai sekali dalam kelas 6 Mega.
    • A. betul
    • B. salah
  5. Abu adalah murid yang amat malas sungguh dalam kelas. Dia tidak pernah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sejak bulan Januari.
    • A. betul
    • B. salah
  6. Menara Berkembar Petronas merupakan menara berkembar yang tertinggi sekali di Asia Tenggara.
    • A. betul
    • B. salah
  7. Menara Kuala Lumpur mempunyai pusat kawalan udara yang paling tinggi di dunia.
    • A. betul
    • B. salah
  8. Menara Berkembar Petronas merupakan menara berkembar yang tertinggi di Asia Tenggara.
    • A. betul
    • B. salah
  9. Pilih ayat yang betul.
    • A. Ruang bilik ini sempit agak.
    • B. Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
    • C. Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
    • D. Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya yang lembut terlalu.
  10. Pilih ayat yang betul.
    • A. Cuaca pada hari ini agak panas sekali.
    • B. Samad paling minat sekali untuk belajar subjek Matematik.
    • C. Pemandangan di Pulau Kapas teramat indah sekali.
    • D. Sally kelihatan sungguh manis amat apabila berbaju kurung.

Latihan Kata Penguat

Jawab kesemua 10 soalan di bawah, dan catatkan dalam buku tulis.

This is a timed quiz. You will be given 30 seconds per question. Are you ready?

30
0%

Pilih ayat yang betul.

Correct! Wrong!

Pilih ayat yang betul.

Correct! Wrong!

Pilih ayat yang betul.

Correct! Wrong!

Pilih ayat yang betul.

Correct! Wrong!

Dialah yang paling pandai sekali dalam kelas 6 Mega.

Correct! Wrong!

Abu adalah murid yang amat malas sungguh dalam kelas. Dia tidak pernah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sejak bulan Januari.

Correct! Wrong!

Menara Kuala Lumpur mempunyai pusat kawalan udara yang paling tinggi sekali di dunia.

Correct! Wrong!

Menara Berkembar Petronas merupakan menara berkembar yang tertinggi di Asia Tenggara.

Correct! Wrong!

Pilih ayat yang betul.

Correct! Wrong!

Pilih ayat yang betul.

Correct! Wrong!

Latihan Kata Penguat Siri 2
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Rekod Penilaian Latihan Kata Penguat

Murid-murid diminta menyalin semula soalan berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.

GengSekolah.Comhttp://www.gengsekolah.com
Emel berita, bahan dan tulisan anda kepada [email protected]

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SERTAI GENGSEKOLAH.COM

1,913FansLike
15FollowersFollow
105SubscribersSubscribe

KUIZ TERKINI