Kata Majmuk Kiasan: Nota dan Latihan

Photo of author

By Cikgu Idayu

Kembali lagi dalam sesi pembelajaran hari ini. Kita akan belajar tentang kata majmuk kiasan. sebelum itu kita ulang kaji sepintas lalu tentang kata majmuk dalam Bahasa Melayu.

Kata majmuk terbentuk daripada proses pemajmukan yang merangkaikan dua atau lebih kata dasar. Rangkai kata ini kemudiannya memberikan makna baharu. Kata majmuk tergolong kepada 3 bahagian, iaitu:

Kata MajmukContoh
Rangkai kata bebaslampu isyarat, rumah tumpangan, meja tulis, kapal terbang.
Istilah khusussegi tiga, pita suara, lut cahaya, mata pelajaran
Kiasananak emas, buah fikiran, campur tangan, buah mulut, ringan tulang

Baca Juga : Nota Lengkap Kata Majmuk

Kata Majmuk Mantap

Terdapat juga antara kata majmuk ini dieja rapat. Kata majmuk ini dikenali sebagai kata majmuk mantap. Berikut merupakan contoh kata majmuk mantap:

antarabangsakerjasama
beritahuolahraga
bumiputeramatahari
jawatankuasasetiausaha
kakitangansukarela
pesuruhjayatanggungjawab
tandatanganwarganegara
suruhanjayapilihanraya

Nota Ringkas Kata Majmuk Kiasan

Kata majmuk kiasan ini merujuk kepada dua perkataan (atau lebih) yang dirangkaikan untuk memerikan maksu-maksud yang tertentu. Maksud kata majmuk kiasan boleh juga disemak melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).

Kuiz Latihan Kata Majmuk Kiasan

Pengadil yang mengadili perlawanan malam itu dicemuh oleh penonton kerana ________________.

Correct! Wrong!

Ketika keluar dari rumah, kita perlulah sentiasa menjaga kelakuan dan _______________ keluarga.

Correct! Wrong!

Sikap Ahmad yang _______________ itu amat disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya.

Correct! Wrong!

Raidah dapat menjawab soalan Matematik itu dengan pantas, dia seorang yang __________________.

Correct! Wrong!

Cikgu Hamizan terpaksa _____________ setelah pergaduhan antara Fikri dan Amran tidak dapat diuraikan.

Correct! Wrong!

Keluarga Danish menerima kedatangan tetamu dengan _____________.

Correct! Wrong!

Penduduk Palestine ber________________ untuk membangunkan semula kediaman yang musnah dibom Tentera Israel.

Correct! Wrong!

Sebagai ketua kelas, Aqil mendengar semua ______________ daripada rakan-rakan sekelas untuk menceriakan kelas.

Correct! Wrong!

Pasukan bola jaring sekolah berjaya ke perlawanan peringkat akhir, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah _____________.

Correct! Wrong!

Izz Zarfan merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan pidato dan bola sepak.

Correct! Wrong!

Latihan dan Kuiz Kata Majmuk Kiasan
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Catatan Untuk Rekod Penilaian

Murid-murid diminta menyalin semula soalan berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota atau buku tulis masing-masing. Salin Latihan Kata Majmuk Kiasan dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.

4 thoughts on “Kata Majmuk Kiasan: Nota dan Latihan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.