27.8 C
New York
Sunday, July 25, 2021

Buy now

Latihan Tatabahasa: Kata Kerja

Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan ini, pembelajaran bahasa Melayu lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.

Rujukan Guru: 5.1.4

Nota Ringkas Tatabahasa: Kata Kerja

Dalam pembelajaran tatabahasa: kata kerja, murid akan belajar mengenal dan menggunakan Kata Kerja. Kata kerja ialah kata yang merujuk kepada perlakuan atau perbuatan. Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

  • Kata kerja transitif: Memerlukan objek atau penyambut.
    Contoh : meragut , melanggar, mengikat, memasang
  • Kata kerja tak transitif: Tidak memerlukan objek atau penyambut.
    Contoh : Ketawa, berlari, makan, pulang.

Latihan Tatabahasa: Kata Kerja

Jawab kesemua soalan di bawah dengan memilih kata kerja yang paling tepat.

0%

Puan Liza __________ sepucuk surat kepada guru kelas Rayyan untuk memaklumkan sebab ketidakhadiran anaknya itu.

Correct! Wrong!

Bot Pak Hamid yang kecil itu terumbang-ambing apabila ______ ombak.

Correct! Wrong!

Murid-murid ______ terbahak-bahak apabila mendengar kisah lucu yang diceritakan oleh Ustaz Sidqi.

Correct! Wrong!

Pengunjung pantai itu _______ bertempiaran apabila ternampak ombak besar menghempas pantai.

Correct! Wrong!

Danish sekeluarga _______ di tepi kolam itu sambil melihat anak-anak ikan berenang.

Correct! Wrong!

Advertisement

Puan Maheran telah ____________ Program Kempen Galakan Membaca peringkat sekolah.

Correct! Wrong!

Kereta itu hilang kawalan lalu jatuh ____________ ke dalam sungai.

Correct! Wrong!

Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8.45 pagi.

Correct! Wrong!

Ayah membantu ibu _____________ pisau yang telah tumpul itu.

Correct! Wrong!

Aqil akan ___________ basikal setiap pagi untuk ke sekolah.

Correct! Wrong!

Latihan Bahasa Melayu : Kata Kerja
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Rekod Penilaian Latihan Tatabahasa: Kata Kerja

Murid-murid diminta menyalin semula soalan berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.

GengSekolah.Comhttp://www.gengsekolah.com
Emel berita, bahan dan tulisan anda kepada [email protected]

ARTIKEL BERKAITAN

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SERTAI GENGSEKOLAH.COM

1,913FansLike
15FollowersFollow
105SubscribersSubscribe

KUIZ TERKINI