Tawaran Subjek Tahfiz Al Quran (932) dalam Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) akan bermula pada tahun 2020. Peperiksaan pertama bagi mata pelajaran Tahfiz Al–Quran STPM telah berlangsung pada bulan November 2019, iaitu untuk peperiksaan Semester 1 STPM 2020.
Kesinambungan Kurikulum SPM
Penawaran mata pelajaran Tahfiz Al-Quran STPM ini adalah kesinambungan daripada Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang
telah dilaksanakan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018.
Peraturan dan Skema Tahfiz Al-Quran (932) STPM
Maklumat lanjut tentang format peperiksaan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran (932) STPM ini boleh dirujuk melalui Sukatan Pelajaran Peperiksaan Tahfiz Al-Quran (932) STPM dan Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2020 yang boleh dimuat turun
daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia, iaitu www.mpm.edu.my.