Latihan Bahasa Melayu (Pemilihan Kata)

Photo of author

By GengSekolah.Com

Isi tempat-tempat kosong dalam ayat dengan kata sendi nama yang paling sesuai.

  1. Rombongan itu datang ____________________ Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  2. Pelbagai promosi dijalankan ____________________ menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2015.
  3. Puan Salmah meminta anak perempuannya membeli kain batik sebagai cenderamata semasa menyertai lawatan ____________________ Terengganu.
  4. Cahaya matahari jelas kelihatan ____________________ kaki langit pada waktu senja di Pantai Cherating.
  5. Walaupun dia berbangsa Cina, tetapi sangat fasih bertutur ____________________ bahasa India.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata kerja pasif yang betul.

  1. Pinggan mangkuk yang ____________________ untuk meletakkan makanan hendaklah bersih.
  2. Airil ____________________ oleh ibunya kerana mengotorkan permaidani itu.
  3. Pakaian yang baru dibasuh itu belum ____________________.
  4. Periuk belanga yang ____________________ oleh Mak Cik Leha sudah kering.
  5. Semua kerusi di dewan itu ____________________ oleh murid tahun enam semalam secara bergotong-royong.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.