Latihan Bahasa Melayu Tahun 5 (Pemilihan Kata)

Photo of author

By GengSekolah.Com

Murid diminta melengkapkan karangan di bawah dengan perkataan yang sesuai dan salin dalam buku latihan.

Husna 1.____________ sebagai guru di sebuah sekolah yang terletak di 2.__________. Jarak antara rumahnya dengan sekolah lebih kurang 15 kilometer. Walaupun jauh, namun Cikgu Husna tetap 3.____________ tugasnya dengan tabah dan sabar kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya.

Di sekolah, Cikgu Husna 4.____________ guru yang rajin dan 5.____________ dalam menjalankan tugasnya. Beliau sering menjalankan kelas 6.____________ kepada murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Impian Cikgu Husna adalah ingin melihat anak didiknya berjaya dalam pelajaran.

Cikgu Husna juga telah 7.____________ bilik darjahnya menjadi cantik dan bersih. Dia juga gigih 8.____________ murid-murid dalam permainan bola jaring.

Cikgu Husna berasa puas dan 9.____________ jika murid-muridnya berjaya dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Semua murid 10.____________ Cikgu Husna.

Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

Ibu sedang duduk 1.__________ serambi rumah. Dia sedang membaca sepucuk surat yang baru diterima 2.__________ kakak yang sedang menuntut 3. __________ luar negara. 4. __________ dalam surat tersebut kakak telah memaklumkan bahawa dia akan pulang 5. __________ Malaysia 6. __________ bulan Disember nanti. Abang pula telah disuruh 7. __________ ayah supaya mengirim sepucuk surat 8. __________ adik yang sedang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh 9. __________ Terengganu. Abang telah pergi 10. __________ pejabat pos berhampiran 11. __________ menggunakan basikal.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.