Nota dan Latihan Kata Hubung Tahun 1, 2 dan 3

10
343
latihan kata hubung

Nota dan Latihan Kata Hubung Tahun 1, 2 dan 3 ini dikongsikan untuk ulang kaji murid-murid tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) Kata Hubung merupakan Perkataan yang menghubungkan dua ayat atau lebih.

  • Contoh: dan, kerana, yang.

Contoh Penggunaan Kata Hubung

Penggunaan Kata Hubung dan

  • Ali dan Abu sedang bersenam di taman.
  • Bunga itu ditanam oleh ibu dan kakak.

Penggunaan Kata Hubung kerana

  • Dia tidak datang ke sekolah kerana tidak sihat.
  • Encik Shamsul berjaya dalam kerjayanya kerana dia seorang yang kuat berusaha.

Penggunaan Kata Hubung yang

  • Nadirah seorang yang rajin membaca.
  • Lelaki yang berbaju kuning itu abang saya.

Latihan Kata Hubung Tahap 1

Terdapat banyak lagi kata hubung yang lain, namun hari ini kita cuba buat latihan menggunakan perkataan dan, kerana dan yang.

0%

Sayur ________ ditanam oleh Pak Mail sangat subur.

Correct! Wrong!

Anak pokok itu mati _________ cuaca yang panas terik sepanjang minggu.

Correct! Wrong!

Ayah ______ adik sedang berjoging di taman.

Correct! Wrong!

Encik Hamid mempunyai ladang pokok tin ______ luas.

Correct! Wrong!

Ain mendapat keputusan yang cemerlang ______ dia rajin mengulang kaji pelajaran.

Correct! Wrong!

Lelaki ______ berbaju biru itu ayah saya.

Correct! Wrong!

Safwan tidak hadir ke sekolah ______ demam.

Correct! Wrong!

Buku-buku itu disusun oleh Cikgu Siti ______ pengawas pusat sumber.

Correct! Wrong!

Sayur-sayuran ______ segar itu ditanam oleh Pak Abu ______ isterinya.

Correct! Wrong!

Nabihah ______ Sofea sedang mengulang kaji pelajaran ______ mereka akan menghadapi peperiksaan esok.

Correct! Wrong!

Latihan Kata Hubung Tahap 1
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Pembina Item:

Cikgu Lim Yan Qi

10 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.